CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, April 28, 2009

Cuma nak Share satu artikel yg sy rasa patut di kongsi bersama.

Hari ni pada 29 hb April 2009 saya telah menerima sms dari maxis.
Pesanan Dari Bank Negara Malaysia.
Tak tahu lah kalau ada antara kita telah dapat sms seperti ni tapi sekurang-kurangnya saya telah berkongsi dengan kekawan email saya.SMS nyer berbunyi macam ni.
Berwaspadalah terhadap penipuan melalui SMS,Email atau panggilan telefon.Lindungi maklumat peribadi perbankan anda.

Sunday, April 26, 2009

Antara 9 Mimpi Rasulullah S.A.W.


Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1.. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh Ketaatan Dan Kepatuhannya Kepada Kedua Ibubapanya ..

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat Wuduknya Yang Sempurna..

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat Zikirnya Yang Tulus Ikhlas kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi Solatnya Yang Khusuk Dan Tidak Menunjuk-nunjuk telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala Puasanya Yang Ikhlas Kepada Allah S.W.T. memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah Mandi Junub Dengan Rukunnya Yang Sempurna sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala Haji Dan Umrah nya Yang Ikhlas Kepada Allah S.W.T. lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah Sifat Silaturrahim nya Dan Tidak Suka Bermusuh-musuhan Sesama Umatku lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala Sedekahnya Yang Ikhlas Kerana Allah S.W.T. lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.


Sabda Rasulullah SAW : "Sampaikanlah Pesananku Kepada Umatku Yang Lain Walaupun Dengan Sepotong Ayat"


Friday, April 24, 2009

Jauh di sudut hati

Sayang ku bawa jauh rindu ku dan ku cuba x merindu mu tapi aku gagal kerna pada hakikat yang nyata aku masih menyangi mu. Aku cuba tidak menghubungi mu kerna kita sama-sama oku . Aku x mampu memberi cinta ku yang suci ni kepada orang lain selain dari awak.Mengapa dan kenapa kita bertemu dan mengapa sy terjatuh cinta pada awak? tu semua ku tiada jawapan perasan cinta sy terhadap awak datang secara tiba-tiba sejak mula-mula saya bersemuka dengan awak .Hati saya terus terpikat.

Sunday, April 19, 2009

Entah lah!!!

Semalam tanggal 19 April 2009,aq terpaksa membuat keputusan untuk putus,aq sendiri pun x tau kenapa aq sendiri fikir macam tu tapi demi menyelamatkan masa depan kami aq terpaksa buat macam tuh.Aku tahu kahwin bukan perkara mudah,tambah-tambah lagi orang sepertiku....
Tapi kami tetap sahabat,x lah mungkin kalau benar jodoh aq dgn dia mungkin dia akan datang sendiri.Tapi yang pasti aq x kan cari pengganti sampai bila-bila...Yang peliknya aq x rasa sedih,aq cuba tahan tapi semalam memang aq x rasa apa2,hari ini aq terasa kesedihan itu...

Flag this message Fwd: Fw: Don't press #90 or #09

PLEASE PASS ON TO YOUR FRIENDS!

Pls be careful..

Subject: VERY Important Msg for all mobile phone users


Don't press #90 or #09


If you receive a phone call on your mobile from any person, saying that, that they're checking your mobile line,
and you have to press # 90 or #09 or any other number.End this call immediately without pressing any numbers.

There is a fraud company using a device that once you press #90 or #09 they can access your 'SIM' card and
make calls at your expense.


Forward this message to as many friends as you can, to stop it.

This information has been confirmed by both Motorola and Nokia.

There are over 3 Million mobile phones being infected by this virus in all around the world now.


Email scanned and protected by IRONPORT-251 from MICROFOCUS (M) SDN. BHD. TEL.603-92051120

This message is for the designated recipient only and may contain privileged or confidential information. If you have received it in error, please notify the sender immediately and delete the original. Any other use of the email by you is prohibited.

Ganad Media Sdn Bhd
Tel : +603-2118 8288
Fax : +603-2145 1126

Don't press #90 or #09 Sunday, April 19, 2009 2:25 AM

PLEASE PASS ON TO YOUR FRIENDS!

Pls be careful..

Subject: VERY Important Msg for all mobile phone users


Don't press #90 or #09


If you receive a phone call on your mobile from any person, saying that, that they're checking your mobile line,
and you have to press # 90 or #09 or any other number.End this call immediately without pressing any numbers.

There is a fraud company using a device that once you press #90 or #09 they can access your 'SIM' card and
make calls at your expense.


Forward this message to as many friends as you can, to stop it.

This information has been confirmed by both Motorola and Nokia.

There are over 3 Million mobile phones being infected by this virus in all around the world now.


Email scanned and protected by IRONPORT-251 from MICROFOCUS (M) SDN. BHD. TEL.603-92051120

This message is for the designated recipient only and may contain privileged or confidential information. If you have received it in error, please notify the sender immediately and delete the original. Any other use of the email by you is prohibited.

Ganad Media Sdn Bhd
Tel : +603-2118 8288
Fax : +603-2145 1126

ATTENTION!!!! SENARAI NON-HALAL FOODS..TLG FWD LAJU2 TO OUR MUSLI M FRENS ..!!!!

Subject: ATTENTION!!!! SENARAI NON-HALAL FOODS..TLG FWD LAJU2 TO OUR MUSLIM FRENS ..!!!!

NO 12 tu baca bebetul...wallahuaa lam.

BABI SUDAH JELAS HARAMNYA
PERHATIAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM RISALAH INI DIEDARKAN OLEH DR. RASHEED MOS,UNIVERSITI MALAYA KL, PERSATUAN PENGGUNA MALAYSIA , MAJLIS AGAMA ISLAM MALAYSIA & JABATAN KASTAM MALAYSIA. KAJIAN TELAH DIBUAT OLEH MAHASISWA UTM, UUM, USM, UM, UKM, & CAP.

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI

> 1. Minyak Masak LAM SOON ( Cap Helang & Buruh )

> 2. Ubat Pearl Cream Arche ( Thailand )

> 3. Ajinomoto ( Thailand )

> 4. Ais Krim Harga RM1.00 ke atas

> 5. Semua tauhu buatan Orang Cina

> 6. Sabun LUX & Lotion Badan Buatan Malaysia , USA , & Thailand

> 7. Sabun FAB berbuku

> 8. Lobak Jeruk

> 9. Mee & Kueteow basah ( buatan Cina)

> 10. Krim Muka Hazeline Snow


SENARAI BARANG YG MENGANDUNGI ( KULIT BABI, URI & BINATANG YANG TIDAK HALAL)

> 1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi

> 2. Pucuk , Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ikan buatan Orang Cina

> 3. Daging Burger Import

> 4.. Sardin, Kari Ayam dlm tin & Yong Taufu buatan Orang Cina

> 5. Kasut Bola Jenis ' Gold Cup'

> 6. Berus Gigi Jenis ' Reach'

> 7. Mee Kering ( sanggol ) 15.Mee Rebus Tulang&Kiub Perasa Ayam

> 8. Semua sabun mandi yang diimport

> 9. Ajinomoto kecuali keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama KL

> 10. Semua jenis shampoo kecuali keluaran Orang Islam

> 11. Have Pearl Cream

> 12. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald

> 13. Ubat Kurap buatan Org Cina

> 14.. Beehon Segera Siam

> 16. Sabun Mandi Yang Berminyak


SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI GELATIN
( LEMAK BABI DAN BINATANG TIDAK HALAL )
> 1. Bosset Wine Gum

> 2. Dairy Milk Coklat

> 3. Coklat Cadbury/ Chewing Gum

> 4. Sugus Strawberry

> 5. Passer Doily Mixture

> 6. Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint

> 7. Scothes Vikmin

> 8. Share Extra Atrenght

> 9. Black Current Jelly

> 10. Royal Gulaman & Decart Oranges

> 11. Valvis Gelatin

> 12. Sarung Kapsul Ubat

> 13. Ais Krim dalam bekas plastik

> 14. Gula-gula Fruities

> 15 Cake Mets Vilber Punch

> 16 Coklat Cake

> 17 Tepung Kastard Lady's Choice

> 18 Semua jenis Jelly

> 19 Semua jenis gincu bibir

> 20 Keseluruhan Jenis Sheisedo

> 21 Lady's Choice Jelly


>
SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI ALKOHOL UNSUR-UNSURNYA
> 1 BARANGAN AVON KESELURUHANNYA

> 2 PEWANGI KETIAK TERUTAMA JENAMA VITALIS & CONCORD

> 3 MINYAK RAMBUT BRYLCREAM ( HIJAU )

> 4 RACUN SERANGGA JENIS SPRAY SEPERTI SHELTOX, BAYGON & MORTIN

> 5 SELURUH UBAT BATUK JENIS SIRAP

> 6 KESELURUHAN BALL PEN DAKWAT KERING

> 7 TONIK BAYI GRAPE WATER, TONIK WATERBERRY COMPOUND


Kami dalam keresahan memohon ampun dan maaf terlewat memberutahu perkara di atas. Pastikan Pakaian anda tidak terkena bahan-bahan diatas terutama pakaian sembahyang.
TOLONG CETAK DAN EDARKAN RISALAH INI KPD SEMUA SAUDARA ISLAM KITA.

Confirm - Pringles Potato Chips - tidak HALAL !!


AMARAN OLEH KERAJAAN M'SIA BERHATI-HATI SEBELUM MAKAN!


Ref. Message: Pringles Potato Chips


Looks like you have to find another alternative to munch.

Just to let you and gang know........ I have checked. It's true that
the chips contain Emulsifier.

Dr Safurah Hj Jaafar ;

Principal Assistant Director;

Ministry of Health , Malaysia ;

Tel: 03-2540088.


TOP URGENT...... .. PLS FORWARD TO OUR MUSLIM FRIENDS... Forward

this to your pork-free muslim friends. Beware of what ou eat.


Tuesday, April 14, 2009

INFO-MAKSUD BACAAN TALKIN DLM RUMI

Bacaan Talkin

Maksud (dalam RUMI) talkin yang selalu dibaca utk orang yg meninggal dunia. Masa baca tu, sebut2lah nama sendiri yer...., kalau tak terasa meremang, sama2lah kita lebihkan amal ibadat. Bukanlah perkara yang mudah setelah mambaca atau menghafalnya begitu sahaja sesungguhnya hanya amalan baik yg kita lakukan selama hidup di dunia yg akan menjadi penyelamat, InsyaAllah
WALLAHU A'LAAMM.

Bismillah hir rah man nir rahim.

Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.

Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai (ANDA) Bin (IBU ANDA), wahai (ANDA) Bin (IBU ANDA),wahai (ANDA) Bin(IBU ANDA), hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.
Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.
kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai (ANDA) Bin (IBU ANDA), apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai (ANDA) Bin (IBU ANDA), bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.

Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:
> Siapakah Tuhan kamu?
> Siapakah Nabi kamu?
> Apakah agama kamu?
> Apakah kiblat kamu?
> Siapakah saudara kamu?
> Apakah pegangan iktikad kamu?
> Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini:

> Allah Taala Tuhanku,
> Muhammad nabiku,
> Islam agamaku,
> kitab suci Al-Quran ikutanku,
> Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan
> Ramadhan,mengeluark an zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah".

Wahai (ANDA) Bin (IBU ANDA)tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal didalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semua untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai (ANDA) Bin (IBU ANDA), bahawasanya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar. Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.
Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.

Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - "Kullu nafsin za iqatul maut"
Firman Allah swt, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran." Surah Al-A'sr ..

Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: "Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat..."

Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur "masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN" dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.
> Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?" Maka jawabnya Rasulullah saw "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'." Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu "itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN" mereka.. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian" Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya:
TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati
> 1. ParaNabi
> 2 Para Ahli Jihad
> 3. ParaAlim Ulama
> 4. ParaSyuhada
> 5. ParaPenghafal Al Quran
> 6. Imam atau Pemimpin yang Adil
> 7. Tukang Azan
> 8 . Wanita yang mati kelahiran/beranak
> 9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
> 10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw:
Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:"Wahai Ridhwan , sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( ahli puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga.

"Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.
Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaiman yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud "Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."


* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. " Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan."
Surah Al-Baqarah : 237

"LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN