CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, July 29, 2008

Mendidik anak dengan kasih sayang adalah amanah

IBU bapa disaran supaya mendidik anak sejak dari dalam rahim, selepas lahir, remaja hingga dewasa. Proses pendidikan ini biarlah berjalan mengikut perkembangan dan berterusan dalam kehidupan seseorang.

Ada beberapa pendapat menjelaskan mengenai pendidikan anak antaranya, Hamka pernah berkata, “Anak yang tidak diberi didikan sederhana dan tidak dididik dengan sikap percaya kepada dirinya sendiri, tidak ubah bagaikan burung yang tidak tumbuh bulunya.”

Jelaslah pendidikan penting dilakukan sejak seseorang anak itu masih kecil, membesar dan remaja bagi mengelak mereka terjebak gejala negatif boleh merosakkan diri.


Ali bin Abi Thalib menegaskan, didiklah anakmu melebihi pendidikan yang pernah engkau lalui, kerana mereka akan hidup pada zaman yang tidak sama dengan zamanmu.


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Didiklah anak kamu atas tiga sifat iaitu: cintakan Nabi mereka, cintakan keluarga Nabi dan membaca al-Quran.”

Selain itu, didiklah juga anak dengan sifat pemurah, adil, benar, sabar, pemaaf, kasih sayang, cinta, kesopanan, zuhud dan tawaduk. Sifat ini adalah sifat nabi dan keluhuran hati Rasulullah SAW yang patut diteladani dalam menjalani kehidupan ini bagi kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Selain itu, hati anak hendaklah dididik dengan sifat mahmudah seperti sabar dengan ujian, takut dan harap pada Allah, ikhlas serta selalu mengingati mati.

Anak juga mestilah dididik dengan adab kerana melalui pendidikan mereka akan sentiasa menjaga adab dan kesopanan serta maruah diri.

Tokoh Islam, Hamid Abd al-Khaliq Hamid pernah berkata, perhatikanlah anakmu supaya hatimu dipenuhi keimanan sebelum kamu mengasuhnya, sehingga dapat menumbuhkan kasih sayang dalam jiwanya.

Menurutnya lagi, tataaturan yang keras dalam keluarga membuat peribadi anak bersikap ragu-ragu dalam melakukan segala hal dan rasa takut serta salah selalu menghantui dirinya.

Tugas ibu bapa mendidik anak adalah suatu amanah dan ibadah. Didiklah anak dengan cinta, kasih sayang dan kesopanan dengan lembut dan berhemah. Pendidikan adalah suatu usaha yang bertujuan melayani, memelihara pertumbuhan jiwa, hati, perasaan dan budi pekerti.

Saturday, July 12, 2008

Rezeki uji ketahanan motivasi, ikhtiar diri

Umat Islam digalak sentiasa bekerja keras untuk kebahagiaan dunia, akhiratRASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa menjadikan akhirat sebagai matlamat tujuannya, maka Allah akan memberikan kekayaan hati padanya, memudahkan urusannya dan dunia akan datang sendiri kepadanya, dan barang siapa yang menjadikan dunia sebagai matlamatnya, maka Allah akan memberi rasa fakir kepadanya, menyulitkan urusannya, dan dunia tidak akan mendatanginya kecuali apa yang sudah ditetapkan baginya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi). Mafhum hadis menjelaskan cara untuk mendapatkan dunia adalah dengan menjadikan akhirat sebagai tujuan dan matlamat akhir perjalanan hidup seseorang. Ia tidak menjadikan dunia kecuali hanya sebagai tempat untuk mempersiapkan bekal baginya di akhirat.
Sikap menetapkan kehidupan untuk mencari bekalan akhirat, dengan sendirinya dunia akan datang menghampiri mereka tanpa perlu bersusah payah. Dalam kehidupan seharian, kita sering menyaksikan manusia berusaha dan berjuang bermati-matian untuk mengejar dunia. Pola hidupnya untuk mendapatkan dunia menjadikan mata hatinya tertutup, sehingga ia tidak dapat membezakan antara yang halal dan haram. Waktu yang sepatutnya digunakan untuk menghadap dirinya kepada Allah dengan beribadat dan beramal salih, diabaikan begitu saja hingga jiwa gersang daripada nilai spiritual menyebabkan hadir rasa tamak haloba serta tidak puas dengan apa yang diperoleh.
Mengapa ia harus berbuat sedemikian, bukankah cukup jelas sabda Rasulullah SAW di atas memberitahu kita bagaimana caranya untuk mendapatkan dunia, iaitu dengan menjadikan akhirat sebagai matlamat akhir dari sebuah perjalanan hidupnya yang pasti ia tempuhi dan lalui. Justeru itu, kita mempertajamkan mata batin kita dengan melakukan hal-hal positif, kita sirami kegersangan jiwa kita untuk mengingati Allah SWT, kerana mengingati Allah itu adalah suatu pekerjaan dan urusan yang besar dan amat mustahak melebihi dari segala-galanya serta mendekatkan diri kepada Allah sebagai hamba-Nya. Kita hiasi identiti keislaman kita dengan cara menjalankan perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya. Dengan itu semua, akan menjadi magnet yang dapat menarik pelbagai citrawara dunia dan isinya, sehingga dengan sendirinya dunia akan mendatanginya. Dengan cara seperti inilah seharusnya kita sebagai umat Islam mengejar dan mendapatkan dunia di sisinya. Apabila Allah menetapkan rezeki bagi seseorang, tidak seorang pun dapat menghalangi walau bagaimana kuat usahanya.
Orang yang yakin dan mengerti bahawa rezeki itu sudah ditetapkan Allah, tentu tidak akan menyebabkan kegelisahan bagi dirinya sehingga lupa makan dan minum, apatah lagi kewajipan terhadap agamanya. Ia akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memperolehnya. Apabila sudah berhasil, tentu tidak akan lupa untuk mensyukuri nikmat Allah atau mengeluarkan zakat dan membelanjakannya di jalan Allah. Allah Taala berfirman kepada malaikat-Nya yang diserahi urusan pembahagian rezeki bagi anak Adam, sebagai pedoman kerja dan tugas pelaksanaan bagi mereka dengan maksudnya: “Hamba-Ku yang manapun lelaki atau perempuan yang kamu dapati mempunyai tujuan dan cita-cita hidupnya hanya satu, iaitu menghambakan diri kepada-Ku sehingga segala amalan perbuatannya solat, ibadat, hidup dan matinya semata-mata untuk-Ku, jaminkanlah rezekinya yang ada di langit dan di bumi, bukakanlah jalan yang mudah untuk mendapatkannya.” (Hadis Qudsi). Pengertian rezeki ialah sesuatu yang dapat diambil manfaatnya oleh makhluk seperti makanan, pakaian dan lain-lain. Menurut Ahli Sunnah Waljamaah, yang dinamakan rezeki itu yang diperoleh walaupun dengan jalan haram, seperti rasuah, hasil curian, penipuan, perjudian dan lain-lain. Tetapi hendaklah kita selalu berusaha dan berdoa untuk mendapatkan rezeki yang halal. Orang yang pemalas sempit rezekinya lagi sedikit. Bekerja dan berusaha adalah sunnatullah yang ditetapkan-Nya untuk memakmurkan bumi ini. Pada bumi Allah ini berlimpah ruah segala macam rezeki, sampai di lubang batu, di gunung, di dasar laut, di angksa raya dan di mana saja terpulang kepada yang bekerja dan berusaha untuk mendapatkannya. Dinyatakan dalam hadis, bahawa seorang hamba mesti berusaha dan bekerja mencari rezeki, tidak boleh malas. Seorang Muslim mesti rajin, giat berusaha dan bekerja dengan penuh jujur dan ikhlas terutama untuk mendapatkan rezeki yang halal. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Barang siapa yang mempunyai satu keinginan (akhirat) nescaya Allah mencukupi kehidupan yang diinginkannya di dunia. Barang siapa yang keinginannya bercabang-cabang, Allah tidak akan memperdulikan kebinasaannya di lembah manapun di dunia ini (ia berada).” (Riwayat al-Hakim, Baihaqi, Ibnu Majah). Hidup di dunia sebagai sebuah perjalanan yang penuh pancaroba dan ujian. Betapa pentingnya ujian bagi orang beriman, sehingga Allah SWT memberikan sindiran kepada orang yang ingin masuk syurga tanpa melalui ujian yang berat. Firman Allah bermaksud: “Apakah kamu mengira akan masuk syurga sedangkan belum datang kepada kamu ujian sebagaimana halnya orang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa malapetaka dan kesengsaraan serta digoncangkan berbagai dugaan, sehingga berkatalah Rasul dan orang beriman bersamanya, bilakah datangnya pertolongan Allah. Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” Surah al-Baqarah, ayat 214). Ada empat jenis ujian yang Allah berikan kepada orang beriman: Pertama, ujian yang berbentuk perintah. Contoh paling ekstrem adalah perintah Allah kepada Nabi Ibrahim untuk menyembelih anaknya yang sangat disayangi. Tetapi Nabi Ibrahim menjalankan perintah dan ujian yang amat berat itu dari Allah dengan penuh keikhlasan dan keteguhan imannya. Kedua, adalah ujian berbentuk larangan. Contohnya adalah apa yang terjadi pada Nabi Yusof yang diuji dengan seorang perempuan cantik, isteri seorang pembesar Mesir yang menggodanya untuk melakukan maksiat. Tetapi Nabi Yusof teguh imannya tanpa mengerjakan perbuatan berkenaan. Ketiga, adalah ujian yang berbentuk musibah. Contohnya Nabi Ayub diuji Allah dengan penyakit yang amat hebat, sehingga tidak ada sebesar lubang jarum pun dalam badannya yang selamat dari penyakit itu kecuali hatinya. Lapan belas tahun lamanya ia menanggung penyakit itu dengan penuh ujian dan ketabahan. Keempat, adalah ujian melalui pihak ketiga. Contohnya ialah apa yang pernah dialami oleh Nabi Muhammad SAW dan sahabatnya tertutama ketika berada di Makkah. Sudah cukup memberi pelajaran dan teladan bagi kita, betapa keimanan itu diuji dengan berbagai cara dan percubaan yang berat serta dahsyat yang menuntut pengorbanan harta benda bahkan nyawa. Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Sesungguhnya besarnya ganjaran pahala sesuai dengan besarnya ujian, dan sesungguhnya apabila Allah menya-yangi suatu kaum, Dia akan menguji mereka, maka barang siapa reda baginyalah keredaan Allah, dan barang siapa marah baginyalah kemarahan Allah.” (Riwayat at-Tirmizi). Masih banyak manusia yang tidak menyedari akan erti matlamat hidup dan ujian Allah. Seringkali kita berasa kecewa apabila hal berkenaan tidak sesuai dengan harapan dan hasrat kita. Pada hal di sebalik itu semua adalah sebagai ujian dalam hidup kita semua, sejauh manakah keimanan kita terhadap Allah. Allah berfirman maksudnya: “Apakah manusia mengira mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan kami beriman, sedangkan mereka tidak diuji?” (Surah al-‘Ankabut, ayat 2). Ujian itu tidak hanya diberikan untuk sebahagian orang atau sekelompok golongan, tetapi mencakupi semua manusia dan umat Islam khususnya seperti firman-Nya bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang yang benar dan pasti mengetahui orang yang dusta.” (Surah al-‘Ankabut, ayat 3). Tidak ada yang kekal di dunia ini, selain daripada perubahan dan ujian itu sendiri. Maka tawakal dan ikhlas adalah hal yang utama yang pasti dipegang oleh setiap individu. Bertawakal, kemudian mengerjakan segala urusan dengan sungguh-sungguh, dan ikhlas terhadap apa yang akan datang dan pergi. Kerana dunia hanya tempat persinggahan sementara yang penuh dengan ujian dan matlamatnya.

Keistimewaan manusia sebagai khalifah di muka bumi

SESUNGGUHNYA Allah menghamparkan apa yang ada di langit dan bumi untuk dimanfaatkan manusia. Perhatikan bagaimana matahari bersinar memberi kehidupan di bumi, bintang berkelip menjadi tanda perhitungan dan bulan bersinar menentukan waktu. Semua itu manfaatnya untuk manusia. Allah menjadikan bumi begitu mudah bagi dijadikan tempat tinggal. Allah yang menakluki lautan sehingga di atasnya dapat belayar bahtera dan dari dalamnya diperoleh hasil makanan. Begitulah Allah memanjakan manusia di bumi ini. Perhatikan fenomena alam. Lihatlah tanah sebagai benda mati mengabdikan diri pada tumbuhan sehingga ia dapat tumbuh dengan subur. Tumbuhan mengabdikan diri pada haiwan sehingga haiwan mendapat makanan yang tidak pernah berkurangan.
Tanaman bersama haiwan mengabdikan diri kepada manusia sehingga manusia dapat memperoleh makanan dengan mudah. Itulah rantai makanan yang hakikatnya rangkaian pengabdian. Persoalan berikutnya adalah kepada siapa pula manusia perlu mengabdikan diri? Ingatlah, susunan pengabdian berlaku secara berangkai, iaitu daripada susunan paling bawah ke susunan paling atas. Tanah adalah benda mati yang mengabdikan diri kepada tanaman, tanaman mengabdikan diri kepada haiwan serta tanaman dan haiwan mengabdikan diri kepada manusia. Manusia sebagai makhluk begitu tinggi kedudukannya hanya dapat mengabdikan diri kepada Allah, Tuhan semesta alam. Mengetahui dan menyembah Allah adalah mengakui penciptaan manusia. Apabila ada yang tidak mengenal Allah dan mengabadikan jalannya sehingga dalam kehidupannya dia berjalan sesuka hatinya, sesungguhnya dia bukanlah manusia.
Manusia tidak hanya istimewa dibandingkan haiwan, tumbuhan dan makhluk lain. Manusia diberi keistimewaan oleh Allah lebih daripada jin dan syaitan, bahkan para malaikat pun diperintahkan oleh Allah sujud sebagai tanda penghormatan kepada manusia. Memang benar secara saintifiknya manusia dijadikan daripada unsur tanah yang apabila diuraikan satu persatu tidak ada nilainya. Apatah lagi selepas kematian datang, manusia menjadi tanah semasa tulang belulang dan seluruh anggota tubuhnya diurai oleh bakteria. Pada jasad yang lemah itu Allah meniupkan rohnya sehingga menjelma menjadi makhluk yang mulia. Kemuliaan ini menyebabkan malaikat diperintahkan Allah bagi menghormati manusia dengan cara bersujud. Dengan kemuliaannya itu manusia dijadikan oleh Allah sebagai khalifah iaitu pemikul amanah di muka bumi ini. Allah menjelaskan dalam firman yang bermaksud, “(Ingatlah) semasa Tuhanmu menjelaskan kepada malaikat, “Sesungguhnya aku akan menciptakan manusia daripada tanah. Apabila aku sempurnakan kejadiannya dan aku tiupkan kepadanya roh (ciptaan)ku, hendaklah kamu tersungkur dengan bersujud kepadanya.” (Surah Sad, ayat 71-72).
INFO: Keistimewaan kejadian manusia
Manusia diberi keistimewaan Allah lebih daripada jin dan syaitan, bahkan para malaikat pun diperintahkan oleh Allah sujud sebagai tanda penghormatan kepada manusia.
Tanaman bersama haiwan mengabdikan diri kepada manusia sehingga manusia dapat memperoleh makanan dengan mudah.
Manusia dijadikan oleh Allah sebagai khalifah iaitu pemikul amanah di muka bumi.

Wednesday, July 9, 2008

kuasa mutlak suami n ibu

Kuasa Mutlak SUAMI dan IBU




Hanya ada dua orang yang mempunyai kuasa ini. SUAMI dan IBU.

Kuasa suami
keatas isteri dan kuasa ibu keatas anak2.

Kuasa Mutlak ini sungguh besar
ertinya disisi agama Islam sehingga seseorang itu akan dimurkai Allah
sekiranya dia menyakiti hati dua golongan tadi.

Sebagai contoh; seorang
isteri yang melukai hati suaminya walau sedikit akan berdosa besar (bukan
dalam kes terkecuali) begitu juga anak2 terhadap ibunya.


Kalau isteri - bayangkan seorang isteri yang secara tidak sedar menyakiti
hati suaminya dan tidak meminta maaf.

Isteri tersebut akan terus berdosa
dan sekiranya dia hamil, anak tersebut akan dikandung didalam badan yang
berdosa.

Besar kemungkinan anak tersebut akan mendapat banyak sifat2 yang
tidak baik dan seterusnya anak itu lahir dan membesar dan menjadi dewasa
dan membawa sifat2 yang tidak elok itu kedalam zuriatnya.

Tambahan pula
dalam keadaan berdosa bagaimana doa2nya akan diterima Allah? Tanpa doa
yang diterima, apalagi daya kita untuk mendapat kebahagiaan?

Kalau anak-anak cukup senang untuk mendapat dosa.

Terguris sahaja hati
ibunya oleh kata2 atau perbuatan maka anak tersebut akan berdosa.

Yang
paling ditakuti dosa tersebut tidak disedarinya.

Sekiranya anak tidak
meminta ampun maka dosa tersebut akan terus dipikul.

Kesanya, doa2 anak
tersebut tidak diterima Allah, ibadatnya tidak mendapat pahala, hidupnya
akan tidak mendapat berkat dll.

Akhirnya anak akan mendapat berbagai
balasan dari Allah dibumi lagi.



Cerita - Kita sering ditakutkan oleh para ustaz tentang cerita bagaimana
dua orang pemuda yang solleh mendapat seksaan Allah dizaman Nabi saw.

Yang
seorang sebab dia TAK SEDAR menyakiti ibunya apabila habuk yang disapu
terkena ibunya TANPA DISEDARI.

Dan yang seorang lagi kerana TANPA DISEDARI
dia menyakiti hati ibunya kerana mengutamakan isterinya.

Ke dua2 diseksa
oleh Allah sehingga nabi memerintahkan kedua ibu tadi mengampunkan anak2nya.



Ustaz kata cerita tersebut menyuruh kita sentiasa taat kepada ibu.


Sebenarnya itu hanyalah setengah dari pengajaranya.

Ada lagi setengah -
IBU mesti tahu kuasa yang diberi kepada mereka.

Oleh itu IBU MESTI
MENGAMPUNKAN ANAKNYA SETIAP MALAM samada anaknya meminta atau tidak dan begitu juga
dengan SUAMI MESTI MENGAMPUNKAN ISTERINYA SETIAP MALAM samada isteri
meminta atau tidak.

Cerita tersebut mengajar kita bahawa sebagai IBU kita
mempunyai satu kelebihan yang besar keatas anak2 kerana berdasarkan cerita
itu tidak mungkin pemuda2 tersebut sedar akan kesalahan mereka.

Kalau dah
tak sedar, bagaimana pula ingin meminta ampun.



Seorang suami dan ibu MESTI tahu akan KUASA MUTLAK ini dan kuasa ini
hendaklah dijaga dengan baik.

InsyAllah bermula dari satu keluarga yang
mana suami memaafkan isteri dan ibu memaafkan anak, maka lahirlah satu
masyarakat yang mendapat berkat dari Allah, sentiasa dibawah lindunganNya
dan menjadi umat Islam yang menghayati Islam.



Ingatlah seorang ISTERI (wanita) mesti taat kepada SUAMInya (lelaki).

Si
SUAMI (lelaki) mesti taat kepada IBUnya (wanita).

Isteri akan menjadi ibu
yang akan melahirkan anak yang akan menjadi suami (anak lelaki) dan juga
isteri (anak perempuan) dan seterusnya mereka akan melahirkan pula bakal2
suami dan isteri. Jadi tidak ada yang ketinggalan.

Semuanya akan merasa
mempunyai KUASA MUTLAK.

Tetapi yang penting bukanlah ' mempunyai ' tetapi
MESTI menggunakan dengan bijak

jika ini betul adakah kita bersedia menghadapinya........

Assalamualaikum...
Mesti korang terkejut kan ..neway, just bace dulu n evaluate it later...Allah sahaja yang tahu kebenarannya.Bukti kebenaran Al Quran. Fenomena ini telah disebut dalam Quran 1400 tahun dahulu dan 1999/2000 tahun gambar itu diambil oleh NASA.

]

a) Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500 tahun... sekarang sudah 1439 =426 + 13 tahun hijrah... daripada ini kita ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi.. Jikalau ini benar, bumi akan kiamat pada tahun 2066

b) Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi yang menghala ke bumi.. Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan melanggar bumi pada tahun 2014. Amerika akan cuba untuk menukarkan orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket... Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang juga akan menghentam bumi... Ia dianggarkan akan melanggar bumi dalam masa 60 tahun lagi.. Dan planet ini lebih besar daripada bumi... Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun 2065....

c) Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2007... Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022, disebabkan oleh penurunan semula Nabi Isa... . Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun dan dunia akan kiamat pada hari Nabi Isa wafat.. Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada tahun 2062... Dianggarkan Bumi Akan Kiamat Antara Tahun 2062-2066 Wallahu'alam...

Semua ini telah dikaji... Dan yang dipercayai paling tepat ialah hadith yang mengatakan bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500 tahun... Kita telah berada di bumi ini selama 1439 tahun... Cubalah anda kirakan sendiri...

Beribadatlah wahai umat Islam sekalian... Ini adalah antara berpuluh-puluh artikel di internet yg seperti ini. Dan jangan tunggu artikel seperti ini dikeluarkan baru kita nak buat amal. Benda ni dah diajar sejak kita kecil lagi. Kiamat pasti tiba. hanya orang yang leka dengan dunia sahaja yang akan rugi. berhibur tidak salah tapi jangan lupa apa yang disuruh oleh Allah. Patuhi suruhan Allah dan tinggalkan yang mungkar. dan korang jangan risaula..aman dunia akhirat..sama-sama kita doakan kesejahteraan untuk semua umat Islam.

Tuesday, July 8, 2008

Jgn lupa "4 july"

KELEBIHAN BULAN REJAB

Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah
muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat. Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan
umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam
NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do'anya. (Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang
menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).

* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada
penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP
DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian
di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.

* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di
dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di
hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah
lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya
(pembaharuan umur). Berkata Saidina Ali:

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas
segala Qalam. Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun
dan diberi minum air dari Syurga. Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan
dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari
kiamat. Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat
seumurnya. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti
puasa sebulan pahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang
meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah
tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sesiapa bersedekah pada
bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai
bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu
kejahatan.

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab
seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan
seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.

Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah
daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah
jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan
Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun
oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan
mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan
petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya
daripada api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian
Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu
dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau
terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan
antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika
disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari
ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan
Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga
Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya
(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun. Diampunkan baginya 70
dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya
daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang
suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah,
kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu maka
Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang
beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya
dan beribadat pada malamnya.

Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan
dengan BULAN ALLAH.

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.