CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, August 20, 2008

KURMA ISRAEL...PLS BE CAREFUL


Sekarang bulan puasa bakal menjelma...........berhati-hati........be
careful of Kurma Yahudi .. Tolong Distribute!

Bercetak jenama "Jordan River" itu sebenarnya bukan dari Jordan
tetapi dihasilkan dari negara Israel ..dan diimport serta dikotakkan
di Singapura tapi di edarkan di Malaysia...Ia ditanam di satu kawasan
luas di bahagian timur Isreal yang bersempadan dengan Palestin. Ia
dipunyai oleh seorang Yahudi yang kaya.....dan ramai
pekerja-pekerjanya
berbangsa Yahudi dan hasil penjualan kurma itu digunakan untuk
tabung
orang-orang Yahudi.

Pendedahan ini dibuat oleh akhbar Berita Harian Singapura. Para
Muslimin sekalian diharap jangan membeli kurma jenis
ini..kasihanlah
terhadap rakyat Palestin yang hari-hari ditindas dan dibunuh kejam
oleh rejim Yahudi ini.

Monday, August 18, 2008

Solat tengah malam penghapus dosa, penghalang maksiat

MENURUT Syeikh Muhammad Solih al-Munajjid, ada beberapa faktor penting yang dilihat boleh membantu umat Islam untuk bangun bagi melakukan solat di tengah malam antaranya:

  • Ikhlas kepada Allah dalam setiap tindakan dilakukan bagi meraih keredaan-Nya, iaitu melakukan solat malam dengan merahsiakannya daripada pengetahuan orang ramai, ia bertujuan supaya tidak ada rasa riak dalam diri.

  • Hendaklah bagi orang yang melakukan solat malam itu mempunyai perasaan dalaman, bahawa Allah menjemputnya untuk bangun di tengah malam.

  • Mengetahui sedalam-dalamnya ilmu mengenai kelebihan bangun di tengah malam berdasarkan pengajian dan perbincangan.

  • Memerhati kepada kesungguhan individu terdahulu daripada kita yang istiqamah dan iltizam melakukan qiyamulail khususnya para solihin di kalangan sahabat dan ulama.

  • Tidur di atas lambung sebelah kanan akan memudahkan seseorang itu bangun di tengah malam seperti ditunjukkan Rasulullah SAW.
  • Tidur dalam keadaan berwuduk seperti ditegaskan Rasulullah dalam sabda yang bermaksud: "Apabila anda hendak masuk tidur, berwuduklah seperti untuk menunaikan solat." (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim daripada al-Barra'Bin 'Azib)

  • Bersegera masuk tidur (tidur pada awal waktu) terutama lepas solat Isyak seperti amalan dilakukan Rasulullah SAW.

  • Berzikir dengan wirid yang Ma'thur seperti Ma'thurat sebelum tidur (kerana ia menjadi benteng diri daripada kejahatan syaitan dan membantu untuk mudah bangun) atau membawa ayat pilihan dari al-Quran, baca doa tidur dan membaca tiga Qul.

  • Seboleh-bolehnya tidur sebentar pada siang hari yang dikenali sebagai 'Qailulah', iaitu sebelum masuk waktu Zuhur atau selepasnya.
  • Elak daripada banyak makan dan minum kerana ia boleh membantutkan hasrat untuk bangun di tengah malam.

  • Bertekad sedaya upaya untuk bangun malam dalam apa juga keadaan.

  • Menjauhkan dosa dan maksiat, kerana ia dikenal pasti sebagai penghalang pertama mudah untuk bangun di tengah malam.

  • Membuat perhitungan diri (muhasabah) jika tidak mampu untuk bangun di tengah malam.

    Qiyamullail adalah ibadat yang menghubungkan hati kita dengan Allah selain ia adalah sunat muakkad yang sangat dianjurkan oleh Nabi SAW.

    Baginda SAW bersabda yang bermaksud: "Hendaklah kamu lakukan solat di tengah malam, sesungguhnya ia adalah kebiasaan orang salih sebelum kamu, ia boleh mendekatkan kamu kepada Tuhan, penghapus segala dosa, penghalang daripada terjebak kepada maksiat dan dosa dan penawar kepada penyakit yang ada di tubuh." (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Tirmizi)
  • Sunday, August 17, 2008

    Suami lacur saya

    KUALA LUMPUR: Seorang terpaksa manakala seorang lagi rela, tetapi situasi dihadapi tetap sama — dijual suami yang malas kerja tetapi mahu hidup senang, walaupun terpaksa makan hasil ‘duit lendir’.

    Begitulah nasib dua wanita yang menjadi pelacur dan pelayan pelanggan (GRO) selepas mendirikan rumah tangga dengan lelaki dicintai yang kononnya sanggup hidup susah senang bersama-sama hingga ke akhir hayat.

    Zulaika, 35, dan Amelia, 30, yang dipertemukan dengan Metro Ahad dengan pertolongan sumber yang pernah menggunakan khidmat kedua-dua wanita Melayu beragama Islam itu, menceritakan pengalaman masing-masing dalam dunia hitam penuh noda dan dosa.


    Cerita Zulaika


    Zulaika tidak menyangka suami yang diharapkan menjaganya dengan sempurna akhirnya sanggup menjadikan dia barang dagangan apabila tergamak menjualnya kepada bapa ayam untuk dijadikan pelacur di spa di Lembah Klang.

    “Selepas setahun kami berkahwin, dia (suami) buat hal. Walaupun kami berkahwin atas dasar suka sama suka, sungguh tidak disangka dia tergamak menjual saya.”

    Zulaika berkata, dia masih ingat pada malam tragedi hitam itu, suami membawanya bertemu seorang lelaki yang diperkenalkannya sebagai rakan kongsi perniagaan.

    “Ketika itu saya tidak mengesyaki apa-apa kerana beranggapan itu hanya perjumpaan bisnes biasa.

    “Darah saya berderau dan dada saya berdegup kencang apabila dia (suami) dengan selamba memberitahu, lelaki terbabit memberinya RM4,000 dan saya perlu bekerja dengannya di spa di sebuah hotel tiga bintang sebagai pelacur!

    “Dia tidak pernah ceritakan apa masalahnya, tetapi dia kata perlukan duit untuk bayar hutang,” katanya.

    Menurut Zulaika, dia terkejut dan kecewa dengan tindakan suami, tetapi apakan daya apabila berani membantah, dia ditampar berkali-kali dan diugut supaya menurut saja arahan.

    “Suami saya kata lelaki itu bapa ayam dan saya tidak boleh lari ke mana-mana kerana saya pasti dapat diburu lelaki itu. Suami juga beritahu, jika saya tidak buat kerja itu, nyawa dia turut dalam bahaya.

    “Mungkin orang akan persoal kenapa saya tidak lari saja. Masalahnya, saya dalam keadaan tertekan, lemah dan panik.

    “Saya tidak mampu buat apa-apa, sudahnya saya terpaksa melacur juga,” katanya.

    Zulaika berkata, lebih kejam lagi, rupa-rupanya suami durjana itu turut membuat perjanjian tambahan dengan bapa ayam itu.

    “Setiap bayaran yang saya terima, duit daripada pelanggan itu dibahagikan 70:30 antara suami dan bapa ayam. Duit bahagian saya jadi milik suami sepenuhnya.

    “Jika mahu wang, saya perlu minta daripada suami, tapi seksa sungguh hendak dapatkan duit daripada dia. Jarang sekali dia bagi bila saya minta duit.

    “Alasannya, dia sudah beri duit untuk makan, minum dan pakaian saya,” katanya yang sungguh sayu ketika menceritakan penderitaan hidupnya.

    Menurut Zulaika, selepas tiga bulan bekerja melayan nafsu pelanggan tanpa mengira kaum dan peringkat umur, akhirnya dia berbaik-baik dengan bapa ayam yang menjaganya hingga berpeluang mendapatkan bahagiannya sendiri.

    “Bapa ayam yang menjaga saya termakan pujukan dan kasihan dengan keadaan saya. Dia bersetuju saya ambil sedikit bahagian suami saya,” katanya.

    Menurut Zulaika, dia pernah cuba lari selepas enam bulan melakukan pekerjaan terkutuk itu, tetapi dia menerima padah apabila dapat dicari semula oleh suaminya.

    “Ketika itu, hasil bantuan rakan pelacur lain, saya berjaya lari dan menumpang di rumah seorang rakan. Bagaimanapun, saya hanya sempat lari beberapa jam sebelum suami dapat kesan saya semula.

    “Padahnya, saya terpaksa makan sepak terajang dan dipukul sesuka hati. Dia beri amaran keras supaya jangan cuba berani untuk lari,” katanya.

    Zulaika berkata, suaminya memberitahu, satu hari nanti dia akan dibebaskan daripada spa berkenaan, tetapi semua itu hanya menjadi kenyataan apabila semua hutangnya dilangsaikan.

    “Malangnya, tidak tahu berapa lama lagi baru dia tebus saya daripada kerja sial ini. Suami kaki judi dan kaki enjoy.

    “Untuk mendapatkan wang cara mudah, dia meminjam wang daripada beberapa along. Kesudahannya saya menggadai maruah untuk melunaskan hutang dan memenuhi keperluan kewangannya.

    “Selepas menjual saya, saya yakin dia masih lagi tidak bekerja dan hanya mengharapkan duit saya,” katanya yang tidak mendapat anak hasil perkahwinannya.



    Cerita Amelia:

    Bagi Amelia, kehidupan mewah yang dinikmati hasil melayan lelaki hidung belang membuatkan dia rela terus bekerja sebagai GRO.

    “Memang suami jual saya kepada seorang rakan yang juga pengusaha sebuah pub dan karaoke. Ketika itu baru beberapa bulan lepas berkahwin.

    “Kawan dia tawarkan saya kerja sebagai GRO di pub dan karaoke itu dan jika setuju, suami diberi RM5,000. Suami setuju dan dapat harga RM5,000,” katanya selamba.

    Menurut Amelia, sikap suaminya yang pandai memujuk membuatkan dia merelakan tindakan suaminya.

    “Hendak berkeras kepala pun leceh juga sebab mahu tidak mahu saya sudah dijual untuk melakukan kerja itu. Lagipun, saya bukan baik sangat. Nak buat pekerjaan lain tak pandai,” katanya yang tidak menunjukkan tanda sesal dengan perbuatannya.

    Amelia berkata, hubungan mereka suami isteri juga tiada konflik atau masalah, apa lagi dalam soal kewangan.

    “Suami ada kerja tetap dan saya juga bekerja. Malah, kadangkala suami jemput dan hantar saya ke tempat kerja,” katanya.

    Menurut Amelia, dia tidak tahu sampai bila akan melakukan pekerjaan berkenaan tetapi selama setahun melakukan pekerjaan itu, kehidupan mereka suami isteri disifatkan menyeronokkan.

    “Kami boleh beli apa saja yang mahu dibeli. Apa tidaknya, kerja sebagai GRO, saya boleh dapat hingga RM6,000 sebulan.

    “Maklumlah tengah laris. Suami tidak kisah saya layan lelaki, asalkan dapat wang lebih,” katanya.

    Saturday, August 16, 2008

    Kurma Yahudi

    Salam >>> >>> Sekarang bulan puasa bakal menjelma.... .....berhati- hati..... ...be >>> careful of Kurma Yahudi ... Tolong Distribute! >>> >>> Bercetak jenama "Jordan River" itu sebenarnya bukan dari Jordan >>> tetapi dihasilkan dari negara Israel ..dan diimport serta dikotakkan >>> di Singapura tapi di edarkan di Malaysia.Ia ditanam di satu kawasan >>> luas di bahagian timur Isreal yang bersempadan dengan Palestin. Ia >>> dipunyai oleh seorang Yahudi yang kaya...dan ramai >>> pekerja-pekerjanya >>> berbangsa Yahudi dan hasil penjualan kurma itu digunakan untuk >>> tabung >>> orang-orang Yahudi. >>> >>> Pendedahan ini dibuat oleh akhbar Berita Harian Singapura. Para >>> Muslimin sekalian diharap jangan membeli kurma jenis >>> ini..kasihanlah >>> terhadap rakyat Palestin yang hari-hari ditindas dan dibunuh kejam >>> oleh rejim Yahudi ini. >>> >>> Perangi Yahudi dalam apa cara sekalipun,walaupun dari segi ekonomi. >>> >>> >>> SURE HEBAT >>> >>>

    Thursday, August 14, 2008

    Hak Muslim: Bapa tidak boleh walikan pernikahan anak tak sah taraf

    Anak lahir kurang 6 bulan dari tarikh nikah perlu kebenaran kahwin Mahkamah Syariah

    Soalan:
    SAYA ingin berkahwin akhir tahun ini dan sudah menghantar borang permohonan berkahwin ke pejabat agama Islam. Selepas beberapa hari, saya dimaklumkan permohonan tidak dapat diproses kerana pegawai jabatan agama Islam mendapati tarikh lahir saya tidak sampai empat bulan dari tarikh pernikahan ibu dan bapa.

    Saya dikatakan sebagai anak tak sah taraf. Permohonan saya dirujuk ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan kebenaran berkahwin. Mengapa saya perlu berbuat demikian, sedangkan dalam kad pengenalan tertulis bahawa saya berbintikan bapa kandung. Bagaimana cara untuk saya memohon kebenaran dan apakah dokumen yang diperlukan? Harap mendapat penjelasan.


    Kamaliah Al-Hasan


    Jawapan:
    Mengikut Undang-Undang Keluarga Islam yang berkuatkuasa di semua negeri termasuk Wilayah Persekutuan, permohonan kebenaran berkahwin asalnya adalah melalui pejabat Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Jabatan Agama Islam di mana tempat individu itu bermastautin.

    Akan tetapi, ada beberapa kes perlu dirujuk oleh Pendaftar Nikah kepada Mahkamah Syariah untuk tindakan Hakim Syarie, bagi mengeluarkan kebenaran berkahwin terlebih dulu. Selepas kebenaran berkahwin daripada Hakim Syarie atau Mahkamah Syariah, barulah Pendaftar Nikah boleh memproses dan meluluskan kebenaran berkahwin itu.

    Kes berkenaan ialah:

  • Permohonan untuk berkahwin di bawah umur. Bagi lelaki berumur bawah 18 tahun atau perempuan di bawah umur 16 tahun yang ingin berkahwin, mereka perlu mendapatkan kebenaran berkahwin di Mahkamah Syariah terlebih dulu.

  • Permohonan oleh seseorang janda berhias, iaitu perempuan yang bercerai sebelum disetubuhi suaminya atau dalam istilah Arab disebut qabla dukhul.

  • Permohonan bernikah secara wali hakim. Pernikahan secara wali hakim ini pula perlu dalam kes berikut:
    - tiada wali yang sah dari segi nasab
    - wali ghaib
    - saudara baru atau mualaf
    - anak tak sah taraf
    - wali enggan
    - wali dalam ihram haji/umrah
    - wali tidak dapat dihubungi atas sebab darurat
    - permohonan poligami

    Berbalik kepada persoalan mengenai anak tak sah taraf. Maksud anak sah taraf ialah anak yang lahir daripada akad pernikahan yang sah, dalam tempoh tertentu selepas akad nikah atau disebabkan persetubuhan syubhah. Anak tak sah taraf ialah anak yang lahir daripada pernikahan yang tidak sah atau fasid menurut hukum syarak.

    Secara syariatnya seseorang anak yang lahir boleh disabitkan nasab kepada ibu yang melahirkannya, sama ada secara sah taraf ataupun tidak sah taraf. Tetapi untuk anak itu disabitkan nasabnya kepada bapa, beberapa syarat perlu dipenuhi iaitu:

  • dengan sebab perkahwinan yang sah

  • disebabkan perkahwinan yang fasid

  • disebabkan persetubuhan syubhah

    Fuqaha bersepakat bahawa anak dilahirkan oleh perempuan yang mempunyai suami secara sah boleh disabitkan nasab kepada suaminya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Anak yang lahir daripada hamparan (yang sah) berhak disabitkan nasab keturunan."

    Hukum di atas adalah dengan syarat suami adalah orang yang boleh menyebabkan isteri hamil, anak dilahirkan selepas enam bulan dari masa akad nikah, iaitu menurut ulama Hanafi. Menurut ulama jumhur, masa enam bulan dikira dari masa ia dibolehkan melakukan persetubuhan.

    Jika anak dilahirkan kurang daripada tempoh minimum masa mengandung, iaitu enam bulan, ulama bersepakat tidak sabit nasab daripada si suami. Keadaan lain di mana suami dan isteri boleh bertemu dan bersama selepas berlaku akad nikah.

    Berdasarkan penjelasan itu jelas fuqaha berpendapat jika anak dilahirkan kurang dari tempoh enam bulan selepas akad nikah yang menghalalkan persetubuhan suami dan isteri, maka anak itu tidak boleh dinasabkan kepada bapanya. Maksudnya bapa itu tidak boleh mewalikan pernikahan anak dan perlu berwalikan hakim.

    Dalam kes anda, permohonan kebenaran berkahwin hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah Rendah Syariah di tempat anak bermastautin. Antara dokumen diperlukan bagi permohonan adalah:

  • notis permohonan

  • afidavit sokongan

  • lampiran yang diperakukan seperti salinan kad pengenalan, pengesahan pemastautin (jika alamat dalam kad pengenalan berlainan dengan alamat bermastautin), borang permohonan berkahwin bagi perempuan dan lelaki dan lain-lain dokumen berkaitan. Dalam kes anda, elok dikemukakan sekali sijil kelahiran dan sijil nikah ibu bapa

  • surat sokongan daripada Pendaftar Nikah

  • bayaran yang secukupnya

  • wakalah peguam syarie bagi yang menggunakan khidmat peguam syarie.

    Jika lengkap segala dokumen dan saksi yang dikehendaki hadir ke mahkamah pada hari ditetapkan, proses perbicaraan kes seperti ini adalah mudah dan kebiasaannya boleh diselesaikan dalam masa satu hari saja. Jika menggunakan khidmat peguam syarie, maka peguam akan menguruskan dan menyediakan segala dokumen diperlukan.

    Jawapan disediakan Setiausaha Agung Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Tuan Musa Awang
  • Sabar 'suburkan' ketakwaan insan

    Manusia dituntut supaya tabah hadapi ujian hidup di dunia

    MANUSIA berketrampilan dan berinovasi sentiasa sabar menghadapi apa juga konflik sama ada dalam rumah tangga, di tempat kerja mahupun apabila difitnah orang yang buruk sangka. Allah juga bertegas bahawa sifat sabar adalah instrumen paling penting untuk setiap makhluk ciptaan-Nya menghadapi ujian yang Dia berikan demi menguji keimanan.

    Sabar bermaksud hati teguh dan tidak melawan terhadap sesuatu dan lawannya ialah gelisah. Allah ada merakamkan kata-kata satu kaum yang menidakkan sabar dan berputus asa dengan rahmat Allah.


    Firman-Nya yang bermaksud: "Sama saja kepada kita, sama ada kita menggelisah, mengeluh atau kita bersabar, tiadalah sebarang jalan bagi kita untuk melepaskan diri (daripada azab itu)." (Surah Ibrahim, ayat 21)


    Sering kali kita diminta bersabar apabila ditimpa musibah hingga kadangkala kita sudah tidak mampu mendengar perkataan sabar apabila terlalu sering diulang oleh taulan yang tidak tahu memikirkan jalan penyelesaian masalah dihadapi.

    Banyak kali pula kita meminta orang lain bersabar apabila mereka dilanda badai dalam kehidupan, ketika mereka sudah tidak ingin mendengar lagi apa yang ingin kita katakan kerana tekanan perasaan.

    Menurut Dr Mohd Yusuf Al-Qardhawi, sabar adalah sebesar-besar akhlak al-Quran kerana kalimah itu sering disebut dalam kitab suci dan ia bukan saja merujuk kepada surah mengajar manusia mengenai iman tetapi juga surah yang menerangkan cara hidup manusia mukmin.

    Menurut Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumud Din, ada melebihi 74 kalimah sabar dalam al-Quran. Sementara Ibnu Qayyim dalam kitabnya Madarij As Salikin, memetik daripada Iman Ahmad menerangkan sabar dalam Al-Quran disebut melebihi 94. Walau berapa pun jumlahnya, sifat sabar tetap dianggap antara sifat mahmudah yang boleh mendorong seseorang menjadi insan bertakwa.

    Allah berfirman yang bermaksud: "Dan jika kamu membalas kejahatan (mereka), maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti ditimpakan kepada kamu dan jika kamu bersabar, (maka) sesungguhnya demikian itu adalah lebih baik bagi orang yang sabar. Dan bersabarlah (Wahai Muhammad terhadap perbuatan dan telatah golongan yang ingkar itu) dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah, dan janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan." (Surah an-Nahl, ayat 126-127)

    Banyak hadis Rasulullah SAW menceritakan kepada kita betapa ganjaran, kelebihan dan kebaikan yang Allah anugerahkan kepada hambanya apabila sifat ini dapat ditakluki secara sempurna. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Bersabar terhadap perkara yang dibenci itu terkandung di sana kebaikan yang banyak."

    Sememangnya sifat sabar menghadapi pelbagai keadaan sudah Allah bekalkan kepada setiap hambanya terutama sabar melaksanakan ketaatan ketika beribadat kepada Allah kerana bersabar melaksanakan ketaatan kepada Allah bukan perkara enteng.

    Ia hendaklah disertai sifat ikhlas dan usaha yang sungguh-sungguh. Terkadang kita rasakan mudah untuk melakukan sesuatu ketaatan. Kita boleh menunaikan solat fardu setiap hari, berpuasa di bulan Ramadan, membayar zakat, menunaikan haji dan umrah, tetapi adakah semuanya itu dilakukan dengan ikhlas?

    Jika tidak, maka belum tentu kita sanggup bersabar jika ada halangan untuk menunaikan ibadat itu, seperti meninggalkan anak (dengan selamat) di tanah air untuk menunaikan haji dan umrah. Sudahnya, apabila dalam keadaan sukar, kita melalaikan kewajipan.

    Nabi SAW dan sahabat contohnya, mampu ke Masjid Nabi walaupun mereka terpaksa menghadapi suasana sejuk serta panas kerana tidak mahu melepaskan peluang serta merebut pahala solat tahajud, qiamullail sehingga mereka rasa begitu sedih dan sunyi apabila waktu solat tahajud kian berakhir.

    Malah, ada kalangan mereka menangis apabila waktu solat malam berakhir kerana takut tidak berkesempatan untuk beribadah esoknya. Kelazatan beribadat sudah sebati dalam jiwa dan kesabaran melaksanakan ibadat berada di kemuncak tertinggi di sisi Allah.

    Seorang ahli tasawuf terkenal iaitu Imam Zakaria Al-Ansori, yang sepanjang hidup beliau dalam beribadat, tidak mahu sembahyang dengan cara duduk walaupun umur menjangkau ratusan tahun. Sehinggakan ketika sembahyang badan beliau bergoyang ke sana ke mari namun tetap tidak mahu duduk.

    Apabila ditanya, beliau mengatakan ingin terus berdiri kerana nikmat dan kelazatan qiyam ketika sembahyang itu adalah sesuatu yang sangat ternilai dan beliau sabar menghadapi kepayahan kerana nikmat mengatasinya.

    Sabar terhadap perkara maksiat pula agak sukar kerana memerlukan usaha bersungguh-sungguh dan paksaan yang kuat untuk meninggalkannya. Al Imam Al Habib Ibnu Alwi Al Haddad dalam membicarakan masalah itu memberikan peringatan keras supaya jangan sekali-kali cuba mengingati atau mengimbas sejarah buruk dan segala perlakuan maksiat yang dilakukan dulu.

    Dosa dan maksiat adalah sesuatu yang menyeronokkan dan boleh membuatkan kita rindu. Jelas sekali perkara ini amat berbahaya jika tidak ada paksaan daripada kita untuk meninggalkan segala ingatan itu.

    Dunia global tanpa bersempadan hari ini turut memberi kesan kepada kepantasan saluran ilmu dan pemikiran. Baik secara perkongsian, perbincangan mahupun sekadar penyampaian. Begitu juga fitnah yang semakin mudah disebarkan tanpa rasa takut dan bimbang terhadap tanggungan dosa yang akan dirungkai satu persatu di Padang Mahsyar.

    Sebagai Muslim yang beradab, tebal dengan sifat sabar, kita hendaklah butakan mata dan pekakkan telinga dengan segala bentuk fitnah terbias kepada kita dengan harapan Allah lebih berkuasa ke atas segala sesuatu.

    Ada yang cuba melawan, dikatakan mudah melatah, ada yang biarkan saja, dikatakan mungkin benar kerana tidak menghilangkan keaiban. Ada yang sanggup bersumpah, dikatakan tepat sebab berani kerana benar.

    Ada yang sabar, tabah, tiada kuasa, tiada upaya kerana kemajuan memungkinkan segala-galanya. Buruk sangka, adu domba dan fitnah hanya mainan bibir orang yang lupa dan alpa, menghantar berita penuh tipu daya. Kecanggihan internet digunakan untuk merosakkan minda yang bijaksana, akhirnya umat Islam boleh porak peranda kerana hikmah dibiar saja.

    Orang yang sentiasa berada di bawah peliharaan Allah tidak akan sekali-kali menyerah kalah terhadap ujian hidup yang bertimpa-timpa. Malah, mereka menganggap semuanya sebab untuk menjadikan diri mereka lebih baik daripada sebelumnya.

    Justeru, orang yang sabar untuk menunaikan ibadat dan sabar meninggalkan maksiat adalah orang yang mempunyai akhlak luar biasa. Mereka inilah yang akhirnya sabar walau ditentang dan kuat walau dirintang.

    Reminder from JAKIM

    Asm,
    FYI, if I am not mistaken, as of this year all the halal certification would be handled by the Halal Development Corporation (HDC) in conjuction with JAKIM and they'll be using the HALAL Malaysia certification.
    Excerpt from an email that I received which is useful to us:
    Kawan2.. tolonglah alertkan rakan Muslim anda
    Reply from JAKIM :-

    1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :
    1)McDonald 2) A&W 3) Secret Recipe

    Restoran/syarikat berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :
    1) Victoria Station 2)Kam Lun Tai 3) Lotus Family Restoran

    Restoran/syarikat berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :
    1) San Francisco Steakhouse 2)Chicken Rice shop 3)Kiwi Express

    Bagi minuman rin gan keluaran syarikat F&N seperti coke dan 100 plus telah mendapat pengesaha HALAL JAKIM .

    Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat.
    KG Pastry atau Noraini's Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM kecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarikbalik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.

    2. ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah S/B, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

    3. Assalamualaikum Terima Kasih Pada yang bertanya,
    Mewarnakan rambut dr segi hukum syarak terbagi kepada :
    1.Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam.Warna hitam hanya harus bagi yang berpenyakit sahaja.
    2.Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda.
    3.Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua.
    4.Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan.
    5.Harus mewarnakan rambut dengan izin Suami.

    Dari segi ingredient pewarna rambut yg ada dipasaran terbahagi kepada 2 j eni s yang mana kedua-duanya dalah halal dari segi bahan kandun gan .
    Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut menyerap air atau tidak ??

    Pewarna rambut yang dipasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE . Mengikut kajian j eni s yang Semi-Pamenent Dye adalah j eni s yang tidak menyerap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang islam.Begitu juga sebaliknya.
    JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ianya di kilangkan di luar negara. Utk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal utk produk yang diproses di malaysia sahaja Wassalam

    4. Sehingga kini pengeluar supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar den gan JAKIM adalah syarikat Upha , kebanyakan supplement food dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal, bagi produk jenama Blackmores, Solaray,Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak.
    Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan islam dinegara asal produk tersebut diimport.

    5. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM , maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan/minuman yang disediakan di restoran ini.

    6. Soalan : Saya ingin tahu samada semua stall di foodcourt Suria KLCC halal kerana tiada papan tanda yg membezakan gerai yg halal den gan yg tidak halal. saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak ): Madam Kwan's, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri's Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne's Pretzels,Cinnabon, Al-Mar jan , Bong Sen (Vietnamese) , Chinoz On the Park, Dome Café, Genki Sushi, Gloria Jean's Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini.
    Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.

    7. Baker's Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( Jabatan Agama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM.
    King's Confectinery telah mendapat pengesahan halal JAKIM, Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM, manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.

    8. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM .

    9. sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King , maka den gan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.

    10. pernyataan mencampurkan minyak babi untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas , memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.

    11. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM, maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan/produk di tempat tersebut.

    waallahua'lam

    Wednesday, August 13, 2008

    jangan makan sardin!

    JANGAN MAKAN SARDIN

    Assalamualaikum wbh

    Saya dilahirkan dari keluarga miskin. Ibu bapa saya mengusahakan kebun getah. Waktu kecil, apabila ibu atau bapa membeli ikan sardin dalam tin, ia seperti satu makanan mewah. Sejak kecil memang saya suka makan sardin. Apatah lagi kalau masakan sardin yang dimasak oleh arwah ibu. Walau pun saya suka makan sardin, namun tidak berpeluang makan dengan kerap maklumlah bagi keluarga saya ketika itu, ia dianggap mahal.
    Harga ikan sardin dalam tin pada hari ini dikira amat murah. Dalam lingkungan RM3 - RM4 sudah dapat satu tin sardin bersaiz besar. Kalau nak dibandingkan dengan membeli ikan kembung segar di pasar, rasanya lebih mudah dan murah membeli ikan sardin dalam tin. Tidak perlu memproses buang perut dan membasuh dan membubuh garam dan kunyit. Pendek kata, kalau beli ikan sardin, buka penutup, potongkan sedikit bawang dan tumiskan dengan cili, dalam tempuh yang singkat sudah siap lauk ikan sardin.

    Tabiaat suka makan sardin saya berterusan sesudah kahwin. Namun tidak kerap kerana isteri kurang gemar ikan sardin. Setelah saya berkenalan dan berguru dengan arwah guru, barulah saya terpaksa berhenti terus dari makan ikan sardin. Arwah guru saya bertegas memberikan arahan kepada saya "JANGAN MAKAN IKAN SARDIN". Satu ketika setelah lama tidak makan ikan sardin, sewaktu saya makan tengahari bersama arwah guru, saya sangat terliur untuk makan lauk ikan sardin. Saya mengambil sepotong ikan sardin. Selepas itu, arwah guru saya tidak mahu bercakap dengan saya untuk beberapa jam kerana sangat marah kepada saya kerana mengambil lauk ikan sardin.


    Lama kelamaan saya terpaksa belajar untuk tidak makan lagi ikan sardin. Alhamdulillah dengan pengalaman yang Allah berikan sepanjang bersama arwah guru dan terlibat dengan beberapa kes orang yang suka makan sardin, akhirnya kini saya memandang sangat jijik ikan sardin. Saya tidak akan memakan karipap ikan sardin dan sandwic sardin yang dihidangkan setiap kali mesyuarat di pejabat saya.


    Mari kita lihat ikan sardin. Sewaktu saya suka makan ikan sardin dahulu, saya sangat suka makan bahagian tulang ikan sardin kerana ia lembut. Bagaimanakah ikan sardin ini diproses sehingga semua tulangnya menjadi lembut??. Kalau kita membuat eksperimen sains yang mudah di rumah dengan merebus seekor ikan kembung selama 3 hari 3 malam secara berterusan, insya-Allah akan kita dapati bahawa tulang ikan kembung ini tidak akan lembut. Mari kita ubah eksperimen ini dengan menggunakan pressure cooker memasak ikan kembung tersebut selama 3 hari 3 malam juga. Keputusannya akan tetap sama, tulang ikan kembung ini akan tetap keras.
    Apa yang ingin saya persoalkan di sini ialah mengapa tulang ikan sardin ini sedia lembut apabila dikeluarkan dari tinnya? Jawapannya ialah sudah tentu terdapat bahan kimia khas yang dimasukkan ke dalam tin ikan sardin ini yang telah bertindak balas dengan tulang ikan ini sehingga menjadikan tulang ini lembut. Mengikut arwah guru saya, bahan kimia inilah yang menjadi ancaman kepada manusia apabila mereka memakan ikan sardin.


    Apakah ancaman kepada manusia apabila memakan ikan sardin? Pemerhatian pertama atau kes pertama yang gunakan sebagai bahan bukti buruknya amalan makan sardin ialah kes seorang jiran saya yang terpaksa dibuang keseluruhan rahimnya kerana ketumbuhan fibroid di dalam rahimnya. Semenjak sekian lama saya berjiran dengan hamba Allah ini, saya memang tahu melalui anak-anak saya yang kerap ke rumahnya bahawa hamba Allah ini memang gemar memakan ikan sardin dan mee maggi. Maklumlah bagi seorang wanita dengan kerjaya besar yang sentiasa sibuk dan tiada orang gaji, penyelesaian mudah ialah memasak nasi berlauk ikan sardin dan kalau ingin lebih ringkas, stok mee maggi sentiasa tersedia.


    Hamba Allah ini telah kehilangan rahimnya semenjak usianya awal 40an. Begitulah, jikalau kerap seseorang terutama sekali orang perempuan gemar makan sardin, jawapannya, pelbagai tumor seperti fibroid di dalam rahim akan insya-Allah diberikan oleh Allah. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian-pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser samaada benign atau malignan. Namun dalam pemerhatian saya ia banyak menyebabkan fibroid dalam rahim dan tumor.
    Antara sampel kajian saya yang suka dan kerap makan sardin ialah seorang hamba Allah yang secara tiba-tiba sewaktu mengandungkan anak keduanya iaitu seorang anak perempuan tiba-tiba mengidam makan ikan sardin. Hampir setiap hari sepanjang mengandungkan anak perempuannya ini hamba Allah ini akan makan ikan sardin. Akibat dari tabiaat ini, sebaik sahaja anak perempuan keduanya ini dilahirkan, terdapat ketumbuhan pada rahim bayi perempuan ini. Pembedahan terpaksa dilakukan ketika bayi ini berusia kalau tidak silap saya 3 bulan. Begitulah azab diperolehi dari tabiaat gemar makan ikan sardin. Namun saya bersyukur kepada Allah swt kerana sebenarnya isu makan ikan sardin inilah yang antara menjadi punca sehingga akhirnya hamba Allah ini belajar ilmu agama dari saya sehingga pelbagai amalan syirik dan tangkalnya alhamdulillah telah dapat dibuang. Hamba Allah ini kini alhamdulillah telah menjadi antara murid saya yang banyak sekali mendapat pelbagai rahmat dari Allah walaupun dahulunya jahil.


    Sebagai latihan pengukuhan kepada para pembaca budiman semua, cuba lah buat sedikit kajian ke atas mana-mana kenalan atau saudara mara yang pernah mengalami sebarang kes tumor atau fibroid dan selepas itu kajilah sejarah permakanan mereka ini. Kemungkinan besar mereka ini memang gemar dan kerap makan ikan sardin. Dengan itu marilah pembaca sekelian memboikot makan ikan sardin semoga insya-Allah dijauhkan Allah dari terkena sebarang penyakit berkaitan tumor, fibroid atau sebarang penyakit kanser lainnya.
    Sekian untuk kali ini. INGAT, jangan makan ikan sardin.


    wallahualam

    Wassalam

    Thursday, August 7, 2008

    Kereta jimat minyak


    Tertekan dengan harga petrol yang tinggi ? Ingin bertukar kepada gas asli kenderaan (NGV) tetapi modal untuk memasang peralatannya terlalu mahal ?
    Kini anda mungkin mempunyai pilihan untuk menangani masalah ini kerana sebuah syarikat 100 peratus milik bumiputera telah berjaya mencipta satu alat yang dapat menjimatkan penggunaan petrol antara 29 peratus dan 50 peratus dengan harga yang lebih murah dan saiz yang lebih kecil dari NGV.
    Alat yang dipanggil Hydrofuel ini dicipta menggunakan teknologi baru hasil penyelidikan yang dijalankan sejak enam tahun lalu. Proses pembakaran bahan api kenderaan kini boleh dilakukan melalui campuran minyak petrol dan gas hidrogen yang dihasilkan daripada air paip.
    Mungkin agak pelik tetapi ini bermakna selepas ini pengguna tidak perlu lagi menunggu harga minyak diturunkan sebaliknya anda sendiri boleh menjimatkan penggunaan minyak kereta sehingga kembali ke paras asal iaitu RM1.92 seliter atau lebih dengan menggunakan Hydrofuel.
    Hydrofuel dicipta oleh seorang saintis tempatan, Dr. Halim Ali yang pernah berkhidmat sebagai ketua saintis sebuah syarikat telekomunikasi gergasi di Amerika Syarikat (AS).
    Beliau yang juga presiden Syarikat Hydrogen Fuel Industries (M) Sdn. Bhd. menghasilkan inovasi tersebut di kilangnya di Bandar Sungai Emas, Banting, Selangor.
    Beliau membelanjakan hampir RM17 juta untuk membangunkan produk yang dijamin bermutu, ringan, kecil, mudah guna serta mesra alam dan sedia memasuki pasaran dalam tempoh terdekat.
    Menurut Halim, Hydrofuel berfungsi menggunakan sistem teknologi air sebagai sebahagian daripada bahan bakar di mana air akan dipecahkan menggunakan frekuensi tinggi dan dikongsi kegunaannya bersama dengan petrol semasa melalui injektor kereta.
    Beliau berkata, ia didatangkan dengan pakej sebuah tong air yang mempunyai kapasiti lima liter, satu set canister, satu set komputer (ECU), kabel penyambung, pengikat, manual pemasangan, kad jaminan dan pelekat kereta Hydrofuel.
    ‘‘Set canister di bahagian enjin kereta, tong air pula diletakkan di bonet dan ECU pula dipasang pada papan pemuka kereta.
    ‘‘Penggunaannya amat mudah terutama untuk wanita kerana sebaik sahaja dipasang, apa yang perlu dilakukan ialah memastikan air di dalam tong lima liter tidak kering dengan hanya melihat pada ECU.
    ‘‘ECU itu juga berfungsi untuk memberitahu Hydrofuel perlu disenggara,” katanya kepada pemberita baru-baru ini.
    Tambahnya, Hydrofuel boleh digunakan oleh semua kereta berkapasiti enjin 2,000cc ke bawah yang menggunakan petrol atau NGV.
    Bagi kenderaan diesel, katanya, pihaknya sedang menjalankan ujian sebelum ia boleh digunakan.
    Jelas beliau, pemasangannya tidak akan membatalkan jaminan ke atas kereta malah ia berupaya menjadikan prestasi enjin kereta lebih stabil dan lancar.
    Kata Halim lagi, Hydrofuel didatangkan dalam dua jenis iaitu Hydrofuel Basic yang dapat menjimatkan petrol sehingga 29 peratus dengan harga RM1,300 dan Hydrogen Advance (RM2,300) yang akan menjimatkan 50 peratus minyak.
    ‘‘Kedua-dua peralatan ini diberi dua tahun jaminan atau 50,000 kilometer yang mana dahulu, premium insurans, selain jaminan wang dikembalikan jika tidak dapat memberi penjimatan seperti yang diberitahu dalam tempoh sebulan,” ujar beliau.
    Ditanya mengenai sasaran pasaran Hydrofuel Halim berkata, alat itu sesuai digunakan oleh semua pemilik kereta 2,000cc ke bawah termasuk teksi.
    Bagi meluaskan pasaran kata beliau, pihaknya kini sedang dalam proses melantik wakil jualan yang akan menjalani latihan khas mengenai kelebihan dan cara-cara memasang system Hydrofuel itu, mulai Julai depan.
    Tambah beliau, selain Hydrofuel, syarikat itu juga telah menghasilkan satu lagi produk iaitu My Smart Fuel Saver yang boleh menjimatkan penggunaan minyak kenderaan sehingga 18 peratus yang akan dipasarkan dengan harga promosi RM399 dalam tempoh terhad sebelum dijual dengan harga sebenar RM499.
    Maklumat lanjut mengenai Hydrofuel boleh diperolehi dengan melayari laman web : www.hydrofuel.com.my.

    Friday, August 1, 2008

    [pepias] SEHARI SATU PERINGATAN......KITA SERING BERTANYA, AL-QURAN TELAH MENJAWABNYA

    JANGAN MENGELUH ........... *> Kita selalu Bertanya.... ......... .......dan Al-Quran> sudah menjawabnya.> ......... ....... *> > KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?> > QURAN MENJAWAB *> "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan> saja mengatakan; "Kami> telah beriman," ("I am full of faith to> Allah") sedangkan mereka tidak> diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum> mereka, maka> sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan,> sesungguhnya Dia mengetahui> org2 yg dusta." *> -Surah Al-Ankabut ayat 2-3 **> > KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU> IDAM-IDAMKAN?> > QURAN MENJAWAB *> "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik> bagimu, dan boleh> jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk> bagimu, Allah> mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." *> - Surah Al-Baqarah ayat 216 **> > KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?> > QURAN MENJAWAB *> "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai> dengan kesanggupannya.> " *> - Surah Al-Baqarah ayat 286 **> > KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?> > QURAN MENJAWAB *> "Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu> bersedih hati, padahal> kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg> beriman." *> - Surah Al-Imran ayat 139 **> > KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?> > QURAN MENJAWAB *> "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu> (menghadapi segala> kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang> berkebajikan) , dan> kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh,> di medan> perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan> di daerah-daerah> sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The> Almighty) kamu kepada> Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). " *> > KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?> > QURAN MENJAWAB *> "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan> sabar dan mengerjakan> sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat> kecuali kepada> orang-orang yang khusyuk" *> - Surah Al-Baqarah ayat 45 **> > KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?> > QURAN MENJAWAB *> "Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2> mu'min, diri, harta mereka> dengan memberikan syurga utk mereka... ? *> - Surah At-Taubah ayat 111 **> > KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?> > QURAN MENJAWAB *> "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari> Nya. Hanya kepadaNya aku> bertawakkal. " *> - Surah At-Taubah ayat 129 **> > KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!> > QURAN MENJAWAB *> "... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah.> Sesungguhnya tiada> berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."> *> - Surah Yusuf ayat 12 *> *