CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, September 26, 2008

Semakin selesa bertudung


LAYANAN mesra daripada tauke premis makanan tersohor, My Mom's Chicken Rice kepada anak yatim Baitul Ummah.

Linda Onn akui akan tutup rambut yang cantik ikal mayang apabila tiba masa

BAGINYA kontroversi adalah rencah kehidupan dunia selebriti - pahit ditelan dan manis dinikmati. Lalu, penyampai tinggi lampai stesen radio Era, Linda Onn enggan melayan sebarang gosip yang melanda dirinya.

Baginya biarlah fitnah itu berleluasa tetapi hanya Tuhan yang mengetahui segala-galanya.


Ya, Linda Onn tetap Linda Onn, dia tegar meneruskan kehidupan fana ini. Selepas raya nanti, Linda akan kembali mengacarakan Sehati Berdansa musim kedua bersama bekas teman tetapi mesranya, Fahrin.

Pintas Linda, tanggungjawabnya di situ dilakukan atas dasar kerja dan profesionalisme. Bagaimana pula dengan keserasian yang perlu diwujudkan mereka dalam memeriahkan program tarian itu kerana ada yang beranggapan mereka bagaikan berkerat rotan, berpatah arang.

“Tunggu saja kemunculan kami di kaca TV nanti. Apabila di depan kamera, saya akan buat kerja yang diamanahkan. Kalau di belakang kamera, saya buat hal sendiri,” ungkap Linda yang belum mempunyai pengganti sekali gus menafikan kontroversi kemunculan lelaki sewaktu menghadiri majlis perkahwinan rakan setugasnya, Natasha Aimee adalah kekasihnya.

HAN ISSAC turut hadir memberi sokongan kepada Linda.

Bertemunya sewaktu majlis buka puasa bersama anak yatim dari Baitul Ummah, Setapak di premis kedai makan miliknya, My Mom’s Chicken Rice, Ampang Point baru-baru ini, Linda menghela nafas lega apabila dapat mengadakan majlis amal buat tahun yang keempat.

Melihat rona wajahnya yang semakin gebu dan putih, siapa sangka di sebalik ketenangan wajahnya pasti terselit kedukaan yang cuba dilindunginya sebaik mungkin. Kebelakangan ini juga, Linda selesa tampil bertudung dan nampak molek benar jika Linda kekal begitu. Tetapi soal bertudung adalah sesuatu yang bersifat subjektif.

“Saya berimej sebegini mengikut kesesuaian majlis dan saya selesa bertudung. Insya-Allah, suatu hari nanti pasti saya ke arah itu (bertudung). Hal ini tidak boleh dirancang, kelak bimbang memakan diri sendiri,” kata Linda yang akan bercuti raya selama dua hari. Petang raya, Linda masih bertugas di konti dan Insya-Allah dalam bulan Syawal, Linda akan bercuti lagi selama seminggu.

Seperti dalam temu bual yang lalu, saat ditanya sama dia sudah bersedia menamatkan zaman bujangnya, Linda terus menganggukkan kepala. Cuma dia belum lagi bertemu insan bernama lelaki yang boleh dijadikan suami.

KARAKTER Cicak Man 2 dan Dafi sama-sama mengagihkan duit raya kepada mereka yang kurang bernasib baik.

Sebenarnya, Linda juga pernah tergerak hati untuk mengambil anak angkat sejak sekian lama, cuma prosedur mengambil anak angkat bagi mereka yang belum berkahwin memang agak sukar.

“Memang saya sukakan anak kecil dan pernah berhasrat untuk mengambil anak angkat. Saya paling suka bayi lelaki,” ungkap Linda ringkas.

Hip pernah membaca blognya di laman www.linda.blog.era.fm dan sewaktu Linda menjenguk rumah barunya yang masih dalam pembinaan di Ampang dan dijangka siap menjelang Disember ini, Linda sambil bergurau menulis di dalam blognya, sudut kolam renang inilah yang akan menjadi tempat untuk bakal anaknya bermain nanti.

Usik Linda lagi di dalam blog itu, sebelum dapat anak, kenalah cari bapanya dulu!

Linda 0nn, Cicak-Man 2 sumbang duit raya

PADA majlis berbuka puasa itu juga Linda menyumbangkan duit raya dan barangan keperluan asas kepada Baitul Ummah.

Melalui Linda Onn’s Orange Klub (Look) juga Linda menyediakan tabung ‘segera’ dan diletakkan di setiap cawangan premis kedai makanannya termasuk My Asam Pedas Shop. Hasil kutipan orang perseorangan, ahli Look, pembekal dan sebagainya, kutipan tabung itu mencecah RM6,000 dan disumbangkan kepada Baitul Ummah.

“Selalunya sebelum majlis ini dibuat, saya akan membuat lawatan ke beberapa buah rumah anak yatim. Ini semua dibuat supaya saya dapat menilai rumah kebajikan mana yang lebih memerlukan bantuan,” katanya yang bakal muncul dengan filem Cicak-Man 2 memegang watak Amarr pada 11 Disember ini.

Selain artis seperti Dafi, Nubhan, Nikki, Hans Isaac, Mummy Khaty Fauziah serta pereka fesyen kegemaran Linda, Jovian Mandagie yang datang memeriahkan majlis, karakter filem Cicak-Man juga membuat kejutan menyumbangkan duit raya sambil dibantu Dafi kepada 40 anak yatim terbabit. Sumbangan duit raya ini diberi daripada bajet filem Cicak-Man 2 sendiri.

INFO: Linda Onn


  • Kad Linda Onn’s Orange Klub adalah keistimewaan yang diberikan kepada pengunjung My Mom’s Chicken Rice. Diskaun sebanyak 10 peratus diberi setiap kali menjamah makanan di situ. Hingga kini, sudah 600 ahli rasmi menyertainya dan setiap mereka akan diberi maklumat terkini melalui SMS termasuklah aktiviti santai yang diadakan bersama Linda Onn.

  • Mengendalikan segmen Petang Di Era bermula jam satu hingga empat petang, setiap Isnin hingga Jumaat.

  • Tahun depan, Linda bercadang mahu francais premis makanannya.

  • Bakal menginjak usia 31 tahun pada 26 November ini.

    Petikan dan luahan menarik di dalam blog Linda Onn

  • Kenyataan ini ditulis Linda pada 21 September lalu, “dan akhir sekali... kalau nak sangat tahu tentang siapa kekasih Linda. Dengar sini, saya, Rozlindah Haji Onn, dengan ini 21 September 2008, bersumpah dengan nama Allah, bahawa saya sekarang masih lagi solo, tidak ada kekasih, tidak ada lelaki istimewa lagi yang bertakhta di hati dan sebolehnya mahu menamatkan zaman bujang.”

  • Satu lagi petikan menarik, “Bila Linda berkawan dengan lelaki, daripada hanya berteman, Linda dipaksa untuk mengaku bercinta. Bila sudah didesak, diasak dan diasak lagi, Linda 'up sikit'.... cakap kami teman tapi mesra hingga orang istilahkannya sebagai 'bercinta'. Terpulang! Tup-tup, semua orang kecohkan pula kisah putus. Dan yang terbaru, digosipkan Linda dengan lelaki lain. Linda tak komen apa-apa pun, tapi tetap ada cerita.”
  • Thursday, September 11, 2008

    SEKADAR MENYAMPAIKAN

    Pesanan terbaik dari seorang rakan....

    Assalamualaikum,

    Just wanna share with everyone kisah benar yang saya lalui. Baru- baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah saya untuk sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut putih dan berjubah putih dari jauh melemparkan senyum kepada saya. Kerana masih ada banyak waktu, saya tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak saya kenali itu. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau. Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam.

    Orangnya sudah berumur. Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan. Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik. Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada tigasurah yang beliau 'pegang' betul-betul, dan beliau nasihatkan saya supaya pegang betul-betul juga. Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul.

    Pertama, kata beliau, surah Al-Fatihah. Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan 'menjaga'bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita, kata pakcik.

    Kedua, Surah Al-Ikhlas. Surah ini, katanya, surah tauhid. Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas.

    Ketiga, surah Al-Kafirun, kata pak cik. Bahagian ini, menarik sikit. Pak cik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak saya mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana.

    Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat, kata pak cik. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar 'untukmu agamamu, untukku agamaku'. Betul juga, fikir saya. Kemudian, pak cik cakap ada satu lagi perkara yang saya mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan.

    Pertama, kekuatan minda Minda, kata pak cik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan > sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.

    Kedua, kekuatan hati Hati ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kalau minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman, kata pak cik.

    Ketiga, kuat fizikal Pertama-pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda, kata pak cik. Kalau pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya.

    Habis saja pak cik cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan, beliau minta diri dan hilang dari pandangan saya setiba nya di surau tersebut.

    Terima kasih kepada pak cik berjanggut tu. Sebelum itu beliau berpesan agar saya sebarkan kepada yang lain. Pesanannya memang baik untuk saya sampaikan.

    Iqra'.....!


    Take a break.......meditate...3 minutes & calm your mind...

    Recite 3x :


    cid:1.1522213574@web27301.mail.ukl.yahoo.com

    1. Katakanlah (wahai Muhammad); " (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;

    2. "Allah Yang menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat;

    3. 'Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;

    4. "Dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengan-Nya".

    Setelah baca , forwardkan email ini kepada seberapa banyak rakan-rakan anda.

    Bayangkan betapa besarnya RAHMAT yang Allah turunkan. Insyaallah.