CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, September 26, 2008

Semakin selesa bertudung


LAYANAN mesra daripada tauke premis makanan tersohor, My Mom's Chicken Rice kepada anak yatim Baitul Ummah.

Linda Onn akui akan tutup rambut yang cantik ikal mayang apabila tiba masa

BAGINYA kontroversi adalah rencah kehidupan dunia selebriti - pahit ditelan dan manis dinikmati. Lalu, penyampai tinggi lampai stesen radio Era, Linda Onn enggan melayan sebarang gosip yang melanda dirinya.

Baginya biarlah fitnah itu berleluasa tetapi hanya Tuhan yang mengetahui segala-galanya.


Ya, Linda Onn tetap Linda Onn, dia tegar meneruskan kehidupan fana ini. Selepas raya nanti, Linda akan kembali mengacarakan Sehati Berdansa musim kedua bersama bekas teman tetapi mesranya, Fahrin.

Pintas Linda, tanggungjawabnya di situ dilakukan atas dasar kerja dan profesionalisme. Bagaimana pula dengan keserasian yang perlu diwujudkan mereka dalam memeriahkan program tarian itu kerana ada yang beranggapan mereka bagaikan berkerat rotan, berpatah arang.

“Tunggu saja kemunculan kami di kaca TV nanti. Apabila di depan kamera, saya akan buat kerja yang diamanahkan. Kalau di belakang kamera, saya buat hal sendiri,” ungkap Linda yang belum mempunyai pengganti sekali gus menafikan kontroversi kemunculan lelaki sewaktu menghadiri majlis perkahwinan rakan setugasnya, Natasha Aimee adalah kekasihnya.

HAN ISSAC turut hadir memberi sokongan kepada Linda.

Bertemunya sewaktu majlis buka puasa bersama anak yatim dari Baitul Ummah, Setapak di premis kedai makan miliknya, My Mom’s Chicken Rice, Ampang Point baru-baru ini, Linda menghela nafas lega apabila dapat mengadakan majlis amal buat tahun yang keempat.

Melihat rona wajahnya yang semakin gebu dan putih, siapa sangka di sebalik ketenangan wajahnya pasti terselit kedukaan yang cuba dilindunginya sebaik mungkin. Kebelakangan ini juga, Linda selesa tampil bertudung dan nampak molek benar jika Linda kekal begitu. Tetapi soal bertudung adalah sesuatu yang bersifat subjektif.

“Saya berimej sebegini mengikut kesesuaian majlis dan saya selesa bertudung. Insya-Allah, suatu hari nanti pasti saya ke arah itu (bertudung). Hal ini tidak boleh dirancang, kelak bimbang memakan diri sendiri,” kata Linda yang akan bercuti raya selama dua hari. Petang raya, Linda masih bertugas di konti dan Insya-Allah dalam bulan Syawal, Linda akan bercuti lagi selama seminggu.

Seperti dalam temu bual yang lalu, saat ditanya sama dia sudah bersedia menamatkan zaman bujangnya, Linda terus menganggukkan kepala. Cuma dia belum lagi bertemu insan bernama lelaki yang boleh dijadikan suami.

KARAKTER Cicak Man 2 dan Dafi sama-sama mengagihkan duit raya kepada mereka yang kurang bernasib baik.

Sebenarnya, Linda juga pernah tergerak hati untuk mengambil anak angkat sejak sekian lama, cuma prosedur mengambil anak angkat bagi mereka yang belum berkahwin memang agak sukar.

“Memang saya sukakan anak kecil dan pernah berhasrat untuk mengambil anak angkat. Saya paling suka bayi lelaki,” ungkap Linda ringkas.

Hip pernah membaca blognya di laman www.linda.blog.era.fm dan sewaktu Linda menjenguk rumah barunya yang masih dalam pembinaan di Ampang dan dijangka siap menjelang Disember ini, Linda sambil bergurau menulis di dalam blognya, sudut kolam renang inilah yang akan menjadi tempat untuk bakal anaknya bermain nanti.

Usik Linda lagi di dalam blog itu, sebelum dapat anak, kenalah cari bapanya dulu!

Linda 0nn, Cicak-Man 2 sumbang duit raya

PADA majlis berbuka puasa itu juga Linda menyumbangkan duit raya dan barangan keperluan asas kepada Baitul Ummah.

Melalui Linda Onn’s Orange Klub (Look) juga Linda menyediakan tabung ‘segera’ dan diletakkan di setiap cawangan premis kedai makanannya termasuk My Asam Pedas Shop. Hasil kutipan orang perseorangan, ahli Look, pembekal dan sebagainya, kutipan tabung itu mencecah RM6,000 dan disumbangkan kepada Baitul Ummah.

“Selalunya sebelum majlis ini dibuat, saya akan membuat lawatan ke beberapa buah rumah anak yatim. Ini semua dibuat supaya saya dapat menilai rumah kebajikan mana yang lebih memerlukan bantuan,” katanya yang bakal muncul dengan filem Cicak-Man 2 memegang watak Amarr pada 11 Disember ini.

Selain artis seperti Dafi, Nubhan, Nikki, Hans Isaac, Mummy Khaty Fauziah serta pereka fesyen kegemaran Linda, Jovian Mandagie yang datang memeriahkan majlis, karakter filem Cicak-Man juga membuat kejutan menyumbangkan duit raya sambil dibantu Dafi kepada 40 anak yatim terbabit. Sumbangan duit raya ini diberi daripada bajet filem Cicak-Man 2 sendiri.

INFO: Linda Onn


  • Kad Linda Onn’s Orange Klub adalah keistimewaan yang diberikan kepada pengunjung My Mom’s Chicken Rice. Diskaun sebanyak 10 peratus diberi setiap kali menjamah makanan di situ. Hingga kini, sudah 600 ahli rasmi menyertainya dan setiap mereka akan diberi maklumat terkini melalui SMS termasuklah aktiviti santai yang diadakan bersama Linda Onn.

  • Mengendalikan segmen Petang Di Era bermula jam satu hingga empat petang, setiap Isnin hingga Jumaat.

  • Tahun depan, Linda bercadang mahu francais premis makanannya.

  • Bakal menginjak usia 31 tahun pada 26 November ini.

    Petikan dan luahan menarik di dalam blog Linda Onn

  • Kenyataan ini ditulis Linda pada 21 September lalu, “dan akhir sekali... kalau nak sangat tahu tentang siapa kekasih Linda. Dengar sini, saya, Rozlindah Haji Onn, dengan ini 21 September 2008, bersumpah dengan nama Allah, bahawa saya sekarang masih lagi solo, tidak ada kekasih, tidak ada lelaki istimewa lagi yang bertakhta di hati dan sebolehnya mahu menamatkan zaman bujang.”

  • Satu lagi petikan menarik, “Bila Linda berkawan dengan lelaki, daripada hanya berteman, Linda dipaksa untuk mengaku bercinta. Bila sudah didesak, diasak dan diasak lagi, Linda 'up sikit'.... cakap kami teman tapi mesra hingga orang istilahkannya sebagai 'bercinta'. Terpulang! Tup-tup, semua orang kecohkan pula kisah putus. Dan yang terbaru, digosipkan Linda dengan lelaki lain. Linda tak komen apa-apa pun, tapi tetap ada cerita.”
  • Thursday, September 11, 2008

    SEKADAR MENYAMPAIKAN

    Pesanan terbaik dari seorang rakan....

    Assalamualaikum,

    Just wanna share with everyone kisah benar yang saya lalui. Baru- baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah saya untuk sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut putih dan berjubah putih dari jauh melemparkan senyum kepada saya. Kerana masih ada banyak waktu, saya tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak saya kenali itu. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau. Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam.

    Orangnya sudah berumur. Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan. Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik. Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada tigasurah yang beliau 'pegang' betul-betul, dan beliau nasihatkan saya supaya pegang betul-betul juga. Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul.

    Pertama, kata beliau, surah Al-Fatihah. Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan 'menjaga'bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita, kata pakcik.

    Kedua, Surah Al-Ikhlas. Surah ini, katanya, surah tauhid. Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas.

    Ketiga, surah Al-Kafirun, kata pak cik. Bahagian ini, menarik sikit. Pak cik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak saya mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana.

    Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat, kata pak cik. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar 'untukmu agamamu, untukku agamaku'. Betul juga, fikir saya. Kemudian, pak cik cakap ada satu lagi perkara yang saya mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan.

    Pertama, kekuatan minda Minda, kata pak cik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan > sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.

    Kedua, kekuatan hati Hati ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kalau minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman, kata pak cik.

    Ketiga, kuat fizikal Pertama-pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda, kata pak cik. Kalau pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya.

    Habis saja pak cik cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan, beliau minta diri dan hilang dari pandangan saya setiba nya di surau tersebut.

    Terima kasih kepada pak cik berjanggut tu. Sebelum itu beliau berpesan agar saya sebarkan kepada yang lain. Pesanannya memang baik untuk saya sampaikan.

    Iqra'.....!


    Take a break.......meditate...3 minutes & calm your mind...

    Recite 3x :


    cid:1.1522213574@web27301.mail.ukl.yahoo.com

    1. Katakanlah (wahai Muhammad); " (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;

    2. "Allah Yang menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat;

    3. 'Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;

    4. "Dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengan-Nya".

    Setelah baca , forwardkan email ini kepada seberapa banyak rakan-rakan anda.

    Bayangkan betapa besarnya RAHMAT yang Allah turunkan. Insyaallah.

    Wednesday, August 20, 2008

    KURMA ISRAEL...PLS BE CAREFUL


    Sekarang bulan puasa bakal menjelma...........berhati-hati........be
    careful of Kurma Yahudi .. Tolong Distribute!

    Bercetak jenama "Jordan River" itu sebenarnya bukan dari Jordan
    tetapi dihasilkan dari negara Israel ..dan diimport serta dikotakkan
    di Singapura tapi di edarkan di Malaysia...Ia ditanam di satu kawasan
    luas di bahagian timur Isreal yang bersempadan dengan Palestin. Ia
    dipunyai oleh seorang Yahudi yang kaya.....dan ramai
    pekerja-pekerjanya
    berbangsa Yahudi dan hasil penjualan kurma itu digunakan untuk
    tabung
    orang-orang Yahudi.

    Pendedahan ini dibuat oleh akhbar Berita Harian Singapura. Para
    Muslimin sekalian diharap jangan membeli kurma jenis
    ini..kasihanlah
    terhadap rakyat Palestin yang hari-hari ditindas dan dibunuh kejam
    oleh rejim Yahudi ini.

    Monday, August 18, 2008

    Solat tengah malam penghapus dosa, penghalang maksiat

    MENURUT Syeikh Muhammad Solih al-Munajjid, ada beberapa faktor penting yang dilihat boleh membantu umat Islam untuk bangun bagi melakukan solat di tengah malam antaranya:

  • Ikhlas kepada Allah dalam setiap tindakan dilakukan bagi meraih keredaan-Nya, iaitu melakukan solat malam dengan merahsiakannya daripada pengetahuan orang ramai, ia bertujuan supaya tidak ada rasa riak dalam diri.

  • Hendaklah bagi orang yang melakukan solat malam itu mempunyai perasaan dalaman, bahawa Allah menjemputnya untuk bangun di tengah malam.

  • Mengetahui sedalam-dalamnya ilmu mengenai kelebihan bangun di tengah malam berdasarkan pengajian dan perbincangan.

  • Memerhati kepada kesungguhan individu terdahulu daripada kita yang istiqamah dan iltizam melakukan qiyamulail khususnya para solihin di kalangan sahabat dan ulama.

  • Tidur di atas lambung sebelah kanan akan memudahkan seseorang itu bangun di tengah malam seperti ditunjukkan Rasulullah SAW.
  • Tidur dalam keadaan berwuduk seperti ditegaskan Rasulullah dalam sabda yang bermaksud: "Apabila anda hendak masuk tidur, berwuduklah seperti untuk menunaikan solat." (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim daripada al-Barra'Bin 'Azib)

  • Bersegera masuk tidur (tidur pada awal waktu) terutama lepas solat Isyak seperti amalan dilakukan Rasulullah SAW.

  • Berzikir dengan wirid yang Ma'thur seperti Ma'thurat sebelum tidur (kerana ia menjadi benteng diri daripada kejahatan syaitan dan membantu untuk mudah bangun) atau membawa ayat pilihan dari al-Quran, baca doa tidur dan membaca tiga Qul.

  • Seboleh-bolehnya tidur sebentar pada siang hari yang dikenali sebagai 'Qailulah', iaitu sebelum masuk waktu Zuhur atau selepasnya.
  • Elak daripada banyak makan dan minum kerana ia boleh membantutkan hasrat untuk bangun di tengah malam.

  • Bertekad sedaya upaya untuk bangun malam dalam apa juga keadaan.

  • Menjauhkan dosa dan maksiat, kerana ia dikenal pasti sebagai penghalang pertama mudah untuk bangun di tengah malam.

  • Membuat perhitungan diri (muhasabah) jika tidak mampu untuk bangun di tengah malam.

    Qiyamullail adalah ibadat yang menghubungkan hati kita dengan Allah selain ia adalah sunat muakkad yang sangat dianjurkan oleh Nabi SAW.

    Baginda SAW bersabda yang bermaksud: "Hendaklah kamu lakukan solat di tengah malam, sesungguhnya ia adalah kebiasaan orang salih sebelum kamu, ia boleh mendekatkan kamu kepada Tuhan, penghapus segala dosa, penghalang daripada terjebak kepada maksiat dan dosa dan penawar kepada penyakit yang ada di tubuh." (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Tirmizi)
  • Sunday, August 17, 2008

    Suami lacur saya

    KUALA LUMPUR: Seorang terpaksa manakala seorang lagi rela, tetapi situasi dihadapi tetap sama — dijual suami yang malas kerja tetapi mahu hidup senang, walaupun terpaksa makan hasil ‘duit lendir’.

    Begitulah nasib dua wanita yang menjadi pelacur dan pelayan pelanggan (GRO) selepas mendirikan rumah tangga dengan lelaki dicintai yang kononnya sanggup hidup susah senang bersama-sama hingga ke akhir hayat.

    Zulaika, 35, dan Amelia, 30, yang dipertemukan dengan Metro Ahad dengan pertolongan sumber yang pernah menggunakan khidmat kedua-dua wanita Melayu beragama Islam itu, menceritakan pengalaman masing-masing dalam dunia hitam penuh noda dan dosa.


    Cerita Zulaika


    Zulaika tidak menyangka suami yang diharapkan menjaganya dengan sempurna akhirnya sanggup menjadikan dia barang dagangan apabila tergamak menjualnya kepada bapa ayam untuk dijadikan pelacur di spa di Lembah Klang.

    “Selepas setahun kami berkahwin, dia (suami) buat hal. Walaupun kami berkahwin atas dasar suka sama suka, sungguh tidak disangka dia tergamak menjual saya.”

    Zulaika berkata, dia masih ingat pada malam tragedi hitam itu, suami membawanya bertemu seorang lelaki yang diperkenalkannya sebagai rakan kongsi perniagaan.

    “Ketika itu saya tidak mengesyaki apa-apa kerana beranggapan itu hanya perjumpaan bisnes biasa.

    “Darah saya berderau dan dada saya berdegup kencang apabila dia (suami) dengan selamba memberitahu, lelaki terbabit memberinya RM4,000 dan saya perlu bekerja dengannya di spa di sebuah hotel tiga bintang sebagai pelacur!

    “Dia tidak pernah ceritakan apa masalahnya, tetapi dia kata perlukan duit untuk bayar hutang,” katanya.

    Menurut Zulaika, dia terkejut dan kecewa dengan tindakan suami, tetapi apakan daya apabila berani membantah, dia ditampar berkali-kali dan diugut supaya menurut saja arahan.

    “Suami saya kata lelaki itu bapa ayam dan saya tidak boleh lari ke mana-mana kerana saya pasti dapat diburu lelaki itu. Suami juga beritahu, jika saya tidak buat kerja itu, nyawa dia turut dalam bahaya.

    “Mungkin orang akan persoal kenapa saya tidak lari saja. Masalahnya, saya dalam keadaan tertekan, lemah dan panik.

    “Saya tidak mampu buat apa-apa, sudahnya saya terpaksa melacur juga,” katanya.

    Zulaika berkata, lebih kejam lagi, rupa-rupanya suami durjana itu turut membuat perjanjian tambahan dengan bapa ayam itu.

    “Setiap bayaran yang saya terima, duit daripada pelanggan itu dibahagikan 70:30 antara suami dan bapa ayam. Duit bahagian saya jadi milik suami sepenuhnya.

    “Jika mahu wang, saya perlu minta daripada suami, tapi seksa sungguh hendak dapatkan duit daripada dia. Jarang sekali dia bagi bila saya minta duit.

    “Alasannya, dia sudah beri duit untuk makan, minum dan pakaian saya,” katanya yang sungguh sayu ketika menceritakan penderitaan hidupnya.

    Menurut Zulaika, selepas tiga bulan bekerja melayan nafsu pelanggan tanpa mengira kaum dan peringkat umur, akhirnya dia berbaik-baik dengan bapa ayam yang menjaganya hingga berpeluang mendapatkan bahagiannya sendiri.

    “Bapa ayam yang menjaga saya termakan pujukan dan kasihan dengan keadaan saya. Dia bersetuju saya ambil sedikit bahagian suami saya,” katanya.

    Menurut Zulaika, dia pernah cuba lari selepas enam bulan melakukan pekerjaan terkutuk itu, tetapi dia menerima padah apabila dapat dicari semula oleh suaminya.

    “Ketika itu, hasil bantuan rakan pelacur lain, saya berjaya lari dan menumpang di rumah seorang rakan. Bagaimanapun, saya hanya sempat lari beberapa jam sebelum suami dapat kesan saya semula.

    “Padahnya, saya terpaksa makan sepak terajang dan dipukul sesuka hati. Dia beri amaran keras supaya jangan cuba berani untuk lari,” katanya.

    Zulaika berkata, suaminya memberitahu, satu hari nanti dia akan dibebaskan daripada spa berkenaan, tetapi semua itu hanya menjadi kenyataan apabila semua hutangnya dilangsaikan.

    “Malangnya, tidak tahu berapa lama lagi baru dia tebus saya daripada kerja sial ini. Suami kaki judi dan kaki enjoy.

    “Untuk mendapatkan wang cara mudah, dia meminjam wang daripada beberapa along. Kesudahannya saya menggadai maruah untuk melunaskan hutang dan memenuhi keperluan kewangannya.

    “Selepas menjual saya, saya yakin dia masih lagi tidak bekerja dan hanya mengharapkan duit saya,” katanya yang tidak mendapat anak hasil perkahwinannya.



    Cerita Amelia:

    Bagi Amelia, kehidupan mewah yang dinikmati hasil melayan lelaki hidung belang membuatkan dia rela terus bekerja sebagai GRO.

    “Memang suami jual saya kepada seorang rakan yang juga pengusaha sebuah pub dan karaoke. Ketika itu baru beberapa bulan lepas berkahwin.

    “Kawan dia tawarkan saya kerja sebagai GRO di pub dan karaoke itu dan jika setuju, suami diberi RM5,000. Suami setuju dan dapat harga RM5,000,” katanya selamba.

    Menurut Amelia, sikap suaminya yang pandai memujuk membuatkan dia merelakan tindakan suaminya.

    “Hendak berkeras kepala pun leceh juga sebab mahu tidak mahu saya sudah dijual untuk melakukan kerja itu. Lagipun, saya bukan baik sangat. Nak buat pekerjaan lain tak pandai,” katanya yang tidak menunjukkan tanda sesal dengan perbuatannya.

    Amelia berkata, hubungan mereka suami isteri juga tiada konflik atau masalah, apa lagi dalam soal kewangan.

    “Suami ada kerja tetap dan saya juga bekerja. Malah, kadangkala suami jemput dan hantar saya ke tempat kerja,” katanya.

    Menurut Amelia, dia tidak tahu sampai bila akan melakukan pekerjaan berkenaan tetapi selama setahun melakukan pekerjaan itu, kehidupan mereka suami isteri disifatkan menyeronokkan.

    “Kami boleh beli apa saja yang mahu dibeli. Apa tidaknya, kerja sebagai GRO, saya boleh dapat hingga RM6,000 sebulan.

    “Maklumlah tengah laris. Suami tidak kisah saya layan lelaki, asalkan dapat wang lebih,” katanya.

    Saturday, August 16, 2008

    Kurma Yahudi

    Salam >>> >>> Sekarang bulan puasa bakal menjelma.... .....berhati- hati..... ...be >>> careful of Kurma Yahudi ... Tolong Distribute! >>> >>> Bercetak jenama "Jordan River" itu sebenarnya bukan dari Jordan >>> tetapi dihasilkan dari negara Israel ..dan diimport serta dikotakkan >>> di Singapura tapi di edarkan di Malaysia.Ia ditanam di satu kawasan >>> luas di bahagian timur Isreal yang bersempadan dengan Palestin. Ia >>> dipunyai oleh seorang Yahudi yang kaya...dan ramai >>> pekerja-pekerjanya >>> berbangsa Yahudi dan hasil penjualan kurma itu digunakan untuk >>> tabung >>> orang-orang Yahudi. >>> >>> Pendedahan ini dibuat oleh akhbar Berita Harian Singapura. Para >>> Muslimin sekalian diharap jangan membeli kurma jenis >>> ini..kasihanlah >>> terhadap rakyat Palestin yang hari-hari ditindas dan dibunuh kejam >>> oleh rejim Yahudi ini. >>> >>> Perangi Yahudi dalam apa cara sekalipun,walaupun dari segi ekonomi. >>> >>> >>> SURE HEBAT >>> >>>

    Thursday, August 14, 2008

    Hak Muslim: Bapa tidak boleh walikan pernikahan anak tak sah taraf

    Anak lahir kurang 6 bulan dari tarikh nikah perlu kebenaran kahwin Mahkamah Syariah

    Soalan:
    SAYA ingin berkahwin akhir tahun ini dan sudah menghantar borang permohonan berkahwin ke pejabat agama Islam. Selepas beberapa hari, saya dimaklumkan permohonan tidak dapat diproses kerana pegawai jabatan agama Islam mendapati tarikh lahir saya tidak sampai empat bulan dari tarikh pernikahan ibu dan bapa.

    Saya dikatakan sebagai anak tak sah taraf. Permohonan saya dirujuk ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan kebenaran berkahwin. Mengapa saya perlu berbuat demikian, sedangkan dalam kad pengenalan tertulis bahawa saya berbintikan bapa kandung. Bagaimana cara untuk saya memohon kebenaran dan apakah dokumen yang diperlukan? Harap mendapat penjelasan.


    Kamaliah Al-Hasan


    Jawapan:
    Mengikut Undang-Undang Keluarga Islam yang berkuatkuasa di semua negeri termasuk Wilayah Persekutuan, permohonan kebenaran berkahwin asalnya adalah melalui pejabat Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Jabatan Agama Islam di mana tempat individu itu bermastautin.

    Akan tetapi, ada beberapa kes perlu dirujuk oleh Pendaftar Nikah kepada Mahkamah Syariah untuk tindakan Hakim Syarie, bagi mengeluarkan kebenaran berkahwin terlebih dulu. Selepas kebenaran berkahwin daripada Hakim Syarie atau Mahkamah Syariah, barulah Pendaftar Nikah boleh memproses dan meluluskan kebenaran berkahwin itu.

    Kes berkenaan ialah:

  • Permohonan untuk berkahwin di bawah umur. Bagi lelaki berumur bawah 18 tahun atau perempuan di bawah umur 16 tahun yang ingin berkahwin, mereka perlu mendapatkan kebenaran berkahwin di Mahkamah Syariah terlebih dulu.

  • Permohonan oleh seseorang janda berhias, iaitu perempuan yang bercerai sebelum disetubuhi suaminya atau dalam istilah Arab disebut qabla dukhul.

  • Permohonan bernikah secara wali hakim. Pernikahan secara wali hakim ini pula perlu dalam kes berikut:
    - tiada wali yang sah dari segi nasab
    - wali ghaib
    - saudara baru atau mualaf
    - anak tak sah taraf
    - wali enggan
    - wali dalam ihram haji/umrah
    - wali tidak dapat dihubungi atas sebab darurat
    - permohonan poligami

    Berbalik kepada persoalan mengenai anak tak sah taraf. Maksud anak sah taraf ialah anak yang lahir daripada akad pernikahan yang sah, dalam tempoh tertentu selepas akad nikah atau disebabkan persetubuhan syubhah. Anak tak sah taraf ialah anak yang lahir daripada pernikahan yang tidak sah atau fasid menurut hukum syarak.

    Secara syariatnya seseorang anak yang lahir boleh disabitkan nasab kepada ibu yang melahirkannya, sama ada secara sah taraf ataupun tidak sah taraf. Tetapi untuk anak itu disabitkan nasabnya kepada bapa, beberapa syarat perlu dipenuhi iaitu:

  • dengan sebab perkahwinan yang sah

  • disebabkan perkahwinan yang fasid

  • disebabkan persetubuhan syubhah

    Fuqaha bersepakat bahawa anak dilahirkan oleh perempuan yang mempunyai suami secara sah boleh disabitkan nasab kepada suaminya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Anak yang lahir daripada hamparan (yang sah) berhak disabitkan nasab keturunan."

    Hukum di atas adalah dengan syarat suami adalah orang yang boleh menyebabkan isteri hamil, anak dilahirkan selepas enam bulan dari masa akad nikah, iaitu menurut ulama Hanafi. Menurut ulama jumhur, masa enam bulan dikira dari masa ia dibolehkan melakukan persetubuhan.

    Jika anak dilahirkan kurang daripada tempoh minimum masa mengandung, iaitu enam bulan, ulama bersepakat tidak sabit nasab daripada si suami. Keadaan lain di mana suami dan isteri boleh bertemu dan bersama selepas berlaku akad nikah.

    Berdasarkan penjelasan itu jelas fuqaha berpendapat jika anak dilahirkan kurang dari tempoh enam bulan selepas akad nikah yang menghalalkan persetubuhan suami dan isteri, maka anak itu tidak boleh dinasabkan kepada bapanya. Maksudnya bapa itu tidak boleh mewalikan pernikahan anak dan perlu berwalikan hakim.

    Dalam kes anda, permohonan kebenaran berkahwin hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah Rendah Syariah di tempat anak bermastautin. Antara dokumen diperlukan bagi permohonan adalah:

  • notis permohonan

  • afidavit sokongan

  • lampiran yang diperakukan seperti salinan kad pengenalan, pengesahan pemastautin (jika alamat dalam kad pengenalan berlainan dengan alamat bermastautin), borang permohonan berkahwin bagi perempuan dan lelaki dan lain-lain dokumen berkaitan. Dalam kes anda, elok dikemukakan sekali sijil kelahiran dan sijil nikah ibu bapa

  • surat sokongan daripada Pendaftar Nikah

  • bayaran yang secukupnya

  • wakalah peguam syarie bagi yang menggunakan khidmat peguam syarie.

    Jika lengkap segala dokumen dan saksi yang dikehendaki hadir ke mahkamah pada hari ditetapkan, proses perbicaraan kes seperti ini adalah mudah dan kebiasaannya boleh diselesaikan dalam masa satu hari saja. Jika menggunakan khidmat peguam syarie, maka peguam akan menguruskan dan menyediakan segala dokumen diperlukan.

    Jawapan disediakan Setiausaha Agung Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Tuan Musa Awang
  •