LAYANAN mesra daripada tauke premis makanan tersohor, My Mom's Chicken Rice kepada anak yatim Baitul Ummah.
Linda Onn akui akan tutup rambut yang cantik ikal mayang apabila tiba masa
BAGINYA kontroversi adalah rencah kehidupan dunia selebriti - pahit ditelan dan manis dinikmati. Lalu, penyampai tinggi lampai stesen radio Era, Linda Onn enggan melayan sebarang gosip yang melanda dirinya.
Baginya biarlah fitnah itu berleluasa tetapi hanya Tuhan yang mengetahui segala-galanya.
Ya, Linda Onn tetap Linda Onn, dia tegar meneruskan kehidupan fana ini. Selepas raya nanti, Linda akan kembali mengacarakan Sehati Berdansa musim kedua bersama bekas teman tetapi mesranya, Fahrin.
Pintas Linda, tanggungjawabnya di situ dilakukan atas dasar kerja dan profesionalisme. Bagaimana pula dengan keserasian yang perlu diwujudkan mereka dalam memeriahkan program tarian itu kerana ada yang beranggapan mereka bagaikan berkerat rotan, berpatah arang.
“Tunggu saja kemunculan kami di kaca TV nanti. Apabila di depan kamera, saya akan buat kerja yang diamanahkan. Kalau di belakang kamera, saya buat hal sendiri,” ungkap Linda yang belum mempunyai pengganti sekali gus menafikan kontroversi kemunculan lelaki sewaktu menghadiri majlis perkahwinan rakan setugasnya, Natasha Aimee adalah kekasihnya.
HAN ISSAC turut hadir memberi sokongan kepada Linda. |
Bertemunya sewaktu majlis buka puasa bersama anak yatim dari Baitul Ummah, Setapak di premis kedai makan miliknya, My Mom’s Chicken Rice, Ampang Point baru-baru ini, Linda menghela nafas lega apabila dapat mengadakan majlis amal buat tahun yang keempat.
Melihat rona wajahnya yang semakin gebu dan putih, siapa sangka di sebalik ketenangan wajahnya pasti terselit kedukaan yang cuba dilindunginya sebaik mungkin. Kebelakangan ini juga, Linda selesa tampil bertudung dan nampak molek benar jika Linda kekal begitu. Tetapi soal bertudung adalah sesuatu yang bersifat subjektif.
“Saya berimej sebegini mengikut kesesuaian majlis dan saya selesa bertudung. Insya-Allah, suatu hari nanti pasti saya ke arah itu (bertudung). Hal ini tidak boleh dirancang, kelak bimbang memakan diri sendiri,” kata Linda yang akan bercuti raya selama dua hari. Petang raya, Linda masih bertugas di konti dan Insya-Allah dalam bulan Syawal, Linda akan bercuti lagi selama seminggu.
Seperti dalam temu bual yang lalu, saat ditanya sama dia sudah bersedia menamatkan zaman bujangnya, Linda terus menganggukkan kepala. Cuma dia belum lagi bertemu insan bernama lelaki yang boleh dijadikan suami.
KARAKTER Cicak Man 2 dan Dafi sama-sama mengagihkan duit raya kepada mereka yang kurang bernasib baik. |
Sebenarnya, Linda juga pernah tergerak hati untuk mengambil anak angkat sejak sekian lama, cuma prosedur mengambil anak angkat bagi mereka yang belum berkahwin memang agak sukar.
“Memang saya sukakan anak kecil dan pernah berhasrat untuk mengambil anak angkat. Saya paling suka bayi lelaki,” ungkap Linda ringkas.
Hip pernah membaca blognya di laman www.linda.blog.era.fm dan sewaktu Linda menjenguk rumah barunya yang masih dalam pembinaan di Ampang dan dijangka siap menjelang Disember ini, Linda sambil bergurau menulis di dalam blognya, sudut kolam renang inilah yang akan menjadi tempat untuk bakal anaknya bermain nanti.
Usik Linda lagi di dalam blog itu, sebelum dapat anak, kenalah cari bapanya dulu!
Linda 0nn, Cicak-Man 2 sumbang duit raya
PADA majlis berbuka puasa itu juga Linda menyumbangkan duit raya dan barangan keperluan asas kepada Baitul Ummah.
Melalui Linda Onn’s Orange Klub (Look) juga Linda menyediakan tabung ‘segera’ dan diletakkan di setiap cawangan premis kedai makanannya termasuk My Asam Pedas Shop. Hasil kutipan orang perseorangan, ahli Look, pembekal dan sebagainya, kutipan tabung itu mencecah RM6,000 dan disumbangkan kepada Baitul Ummah.
“Selalunya sebelum majlis ini dibuat, saya akan membuat lawatan ke beberapa buah rumah anak yatim. Ini semua dibuat supaya saya dapat menilai rumah kebajikan mana yang lebih memerlukan bantuan,” katanya yang bakal muncul dengan filem Cicak-Man 2 memegang watak Amarr pada 11 Disember ini.
Selain artis seperti Dafi, Nubhan, Nikki, Hans Isaac, Mummy Khaty Fauziah serta pereka fesyen kegemaran Linda, Jovian Mandagie yang datang memeriahkan majlis, karakter filem Cicak-Man juga membuat kejutan menyumbangkan duit raya sambil dibantu Dafi kepada 40 anak yatim terbabit. Sumbangan duit raya ini diberi daripada bajet filem Cicak-Man 2 sendiri.
INFO: Linda Onn
Petikan dan luahan menarik di dalam blog Linda Onn
0 comments:
Post a Comment