bengang nye aku sampai bila aku kena tunggu mak aku ni? aku bosan giler duk sini . Aku rindu kan kekawan dan perkerjaan ku di Medan mara kl bengang aku . sampai bila ni aku kena tunggu? Menyesal gile aku datang negara uk ni. eeeeee bodoh222 betul aku terlalu bercaya kan cakap orang yang uk ni senang dapat rezeki halal orang macam aku ni padahal hempeh indah kata pada rupa. Yallah aku rindu kan intan dan Shahir termat sangat allah aku rindu kan kerjaya aku di medan mara eeeeeeeeeeee benggang
Monday, May 19, 2008
Friday, November 23, 2007
Pengalaman Berkerja di Medan Mara Kuala Lumpur

pukul 5.00. Petang aku di situ memang seronok berkerja kadang-kadang aku jumpa dengan artis tempatan Seperti Nash (Left handed ) dan kadang-kadang pula aku jaga lift VVIP memang seronok aku berkerja sampai pernah satu hari tu aku seronok berkerja sampai aku terlupa waktu balik tu pun ada orang bagi tahu kat aku balik he he he sampai aku pernah bernekad ini perkerjaan yang terakhir aku akan berkerja di sini sampai ke pencen. tetapi sayang bulan November 2004 aku terpaksa ikut mak aku pergi United kingdom (UK) mula-mula aku tak nak pergi dah terpedaya dengan kata-kata orang menggatakan yang uk ni senang bagi orang-orang macam aku ni nak dapat rezeki semua tu hampeh satu hapak pun aku tak dapat kawan tak de kerja pun tak de nasib baik baru-baru ni aku dapat masuk kelas komputer tak jauh dari rumah aku. aku selalu berdoa agar aku dapat berkhidmat di Medan Mara kembaliPosted by Nazmi at 10:28 AM 1 comments
Tuesday, November 20, 2007
Tentang Persatuan ku United Voice(UV)
Aku join uv dalam Tahun 2000 waktu tu umur aku baru 18 tahun .
dalam persatuan aku tu kebanyakanya china dan india waktu tu cuma aku dua orang je Melayu aku dan seorang lagi kawan aku . bagi pendapat aku uv ada lah persatuan untuk remaja khas seperti aku ni memang bagus sekali sekuran-kurangnya orang macam kami ni ada tagu jawab dan tugas lagi pun bukan selalu cuma sebulan sekali aje kami berjumpa . dulu mula-mula kami berjumpa di Petaling Jaya tapi setahun lepas tu kami berpindah di Shah Alam 2 tahun kemudian kami berpindah kembali di PJ . Dalam tahun 2004 masa tu aku baru habis sekolah aku pun buat lah promosi di sekolah Seksyen 5 tetapi malangnya tak de sambutan. Aku ni suka tolong kawan tapi aku tekilan sangat kerana mak bapa tak bercayakan anak mereka pergi sendirian ke sana.
sesiapa yang berminat dengan uv sila layari web kami di alamat http://www.unitedvoice.com.my
Posted by Nazmi at 8:28 AM 0 comments
Sajak Warisan:Sudirman dalam Bahasa Melayu Dan Inggeris:
Posted by Nazmi at 3:28 AM 0 comments
Sunday, November 18, 2007
Tentang Diri Ku
Sekarang aku berada di United Kingdom ikut mak aku melanjut pelajaran beliau di United kingdom selama 3 tahun dan ni tahun yang ke tiga (2007). Dulu pun,, masa aku umur 11 tahun (tahun 1994) aku ikut gak mak aku belajar di Michigan , USA selama 3 tahun, dan sempat-lah cover beberapa tempat kat US tu masa mak aku cuti semester... Jadi pengalaman ini semualah yg jadi aku lebih matang dan berdikari. Ikutkan aku ni bernasib baik gak lah... kalau nak dibandingkan dengan kekawan OKU aku di M'sia, dah merantau banyak tempat ikut mak aku gi belajar.Tapi aku tak-lah perasan, mungkin ade OKU yang LEBIH bernasib baik dan banyak pengalamannya dari aku.Aku saja aje nak citer sikit...pasal diri aku ni ha...
Tapi bila aku tengok pelajar-pelajar di University mak aku tu belajar, aku selalu berkata dalam hati aku: "mengapa aku ikut mak aku ?", aku tak buat apa-apa di sini sedangkan remaja yang sebaya dengan aku sedang seronok belajar, sedang kan aku duk sini dengan tak de pekerjaan dan tak de kawan-kawan. Memang aku betul-betul menyesal berhenti kerja di MARA kat pertama kompleks tu dulu.Tapi mak aku dah tanya nak ikut ke tidak? dulu sebelum dia nak datang ke UK. Aku gak yg nak ikut , sebab ramai tukang cucuh kata orang macam aku ni kalau gi UK, rezeki murah, tapi bila dah sampai sini....hampeh!!!Tapi satu yang aku dapat ialah tengok negeri-negeri belah Europe-lah.. masa mak aku gi cuti nak lepaskan tension dia penat belajar tu ha...kira ok-lah lagi tu..
Aku ni ade juga berangan nak terlibat dalam bidang lakonan, sebab dia orang ni nak wat citer orang cacat tapi ambil pelakon tak cacat ..spoil tu..baik ambik aku yag betul-betul cacat ni berlakon..baru real tu... tapi sapa-lah nak ambil aku kan... orang selalu pandah rendah kumpulan macam aku ni...tapi at least bagi peluang-lah..kalau dah cuba tak leh wat/berlakon...reject aje ..aku boleh terima semua ni. Ok-lah ok berhenti sini dulu , nanti aku update lagi kisah aku ni kalau ade yg menarik.Kalau ade sesiapa nak contact aku contact lah aku dengan alamat ni: nazmik@yahoo.com ,mana-lah tahu ade yg nak syer masalah ke, nak tanya pasal OKU ke..ape-apelah..contact lah ape salahnya. Aku tengah tak de wat ape-ape sekarang ni Ops.. cuma seminggu sekali aku joint adult learning activities for disable kat community centre kat Coventry ni. Saja aje nak lepas boring gi campur dengan minah dan mat saleh yg disable kat centre tu..tapi instructor aku kata , aku ni terlampau advance sangat, semua boleh..mana taknye aku joint kelas IT..sekali-sekala kena tunjuklah kita orang Asia ni bukannya kolot sangat , malah lagi teror dari dia orang. Dah panjang ni...nanti boring-lah nak baca, chow dulu, wassalam.
Posted by Nazmi at 8:26 AM 2 comments
Saturday, November 17, 2007
Tentang Kawan-Kawan ku.
Tentang Kekawan ku.
Aku mempunyai dua orang kawan baik yg terlalu baik dalam hidup aku. seorang bernama Intan Nurshazrina dan seorang lagi bernama Shahir mereka berdua kawan yg paling aku sayang aku sayang lebih pada nyawaku sendiri aku tak tahu sebab apa. Aku dah anggap mereka macam keluarga aku sendiri . Sebelum aku menjumpai mereka berdua aku rasa hidup aku sepi sangat macam aku tak hargai . Tetapi setelah aku bertemu dengan mereka berdua hidup aku sentiasa ceria aku tak pernah dapat kawan sebaik mereka berdua aku sayangkan mereka yang teramat sangat . aku tak kesah kawan aku yg lain tu datang dan pergi bergitu saja tapi bukan mereka.kadang-kadang aku sendiri pun pelik kenapa aku sayang kan mereka berdua .
dulu zaman sekolah mereka berdua sentiasa bagi semangat untuk aku. Aku masih ingat lagi zaman sekolah dulu ada satu masa cikgu yg kami tak suka tu marahi aku marah nya sebab aku tersalah bagi makan ikan so cikgu tu marah lalu aku pun merajuk yg pujuk cuma dua orang je yg lain tu buat tak kisah dari situ aku dapat rasakan siapa yg benar-benar kawan yang sejati.(Terima Kasih Intan dan Shahir Kerana sudi menjadi sahabat sejati aku dan aku doa kan kita berkawan sampai ke akhir hayat.
Posted by Nazmi at 12:36 AM 0 comments
Friday, November 16, 2007
Kekesalan aku percaya cakap Orang sebelum ku datang ke United Kingdom (UK) ni
Kekesalan aku bercaya dengan kata-kata orang sebelum aku datang ke uk ni. aku sepatut nya tak patut bercaya kata-kata orang yg mengatakan uk ni bagus sangat orang kata uk ni org macam aku ni senang dapat duit pada hal hampeh sampai sekarang aku menyesal berenti kerja di medan Mara kuala Lumpur dan mangkin aku kesal lagi sebab tanggal 6 haribulan 11 2007 aku tak dapat hadir kan diri di reunion sekolah lama aku jika ku tahu ni semua akan belaku aku tak kan datang sini. Kehidupan aku di sini tertekan aku tak de kerja tapi aku nak beli hadiah untuk kekawan aku aku buntu . satu pengajaran buat aku jangan terlalu bercaya sangat dengan kata-kata orang yang mengatakan sesuatu tempat tu bagus sangat. Kadang-kadang aku pelik kenapa orang kita selalu banggakan uk ni?. secara jujur aku cakap uk ni tak hapening walaupun masyarakat mereka 90 peratus bergantung dengan it tapi mereka tetap tak secanggih negara kita.Seperti sukan aku akui uk ni bagus tetapi sampai bila rakyat kita nak sokong bola uk macam tu bila sukan kita nak maju? Hari-hari aku menghitung hari untuk balik ke Malaysia aku cukup benci duk sini dah lah tak de kawan . bercakap pasal kawan dulu aku pernah terfikir apa akan terjadi jika hidup tanpa kawan? memang membosankan. hari reunion yg lepas aku menangis bertapa kesalnya aku datang sini ni semua ni kerana bercaya seratu peratus dengan kata-kata orang yang mengatakan uk ni bagus sangatlah tengok apa yang telah terjadi dalam hidup aku sekarang.
Posted by Nazmi at 2:05 AM 0 comments