Nama ku Nazmi B Kamarulzaman Aku Di lahirkan orang Kurang upaya sejak 26 tahun lalu . Bapak aku seorang pilot Airforce tetapi dia telibat dalam kemalangan yg telah megut nyawa dia 24 tahun lalu . mak Aku kawin lain tapi aku sikit x pernah suka orang tua tu. buat apa berselindung kepada cerita yg benar . aku x pernah bangga dpt bapak tiri semacam tu malah pada hakikatnya aku malu dan benci kepada dia. Sehingga kan aku ingin berkawin dan bina kehidupan sendiri dan aku tahu aku x mampu nk lalui tu semua tapi sekiranya jodoh aku benar-benar sampai suatu hari nanti aku harap tuhan akan tunjuk kan kepadas ku jalan yang sabar dan tenang untuk menempuh alam perkawinan suatu hari nanti dan aku sentiasa berdoa supaya aku x kan berjumpa dia lagi sehingga ke akhir akyat aku.
Wednesday, March 18, 2009
Tuesday, March 17, 2009
18/March 2009
Meeting at JKM dari pukul 9 hingga pukul 12 tgh.
Posted by Nazmi at 11:16 PM 0 comments
Sunday, March 15, 2009
Uv Fun raising at dewan seberguna di Bandar one utama pd 14 March 2009
Aku sampai di situ tepat pada pukul 9 pagi di mana sepatut nya aku berada pada waktu itu Start pukul 9 sampai 3 petang.Aku punya bajet duit sehinggakan si Sweelan derma kat aku kopon makan he he he sungguh malu aku di buat nya tapi dia faham keadaan aku sekarang. Dan aku terus buat perjanjian atas diri aku sekiranya suatu hari nanti aku dapat perkerjaan tetap aku akan belanja dia dan kekawan aku di United Voice(UV). Allah bari lah aku perkerjaan secepat yang mungkin supaya aku dapat lakukan apa yg aku telah sekian lama hajati.
Posted by Nazmi at 1:24 AM 0 comments
Friday, March 13, 2009
saja nak luahkan perasan
hari ni aku terasa sedikit sedih sebab dia email kat aku yg dia masih lagi belum ada rasa rindu lagi kat aku sedang kan aku sentiasa merindui dia .tapi aku pelik sejak dua hari ni aku rasa cam nak putus je ngan dia tetapi bila aku fikir kan bapak tiri aku yg x guna tu membuat aku rasa nak kawin semata-mata aku ingin mengejar kebahagian dan tak ingin berjumpa langsung dengan org tua tu selepas aku kawin nanti walaupun untuk seketiga demi mengejar kehidupan yg bahagia dalam hidup.Yallah tolonglah hamba mu yg terlalu lemah ni.
Posted by Nazmi at 3:55 AM 0 comments
Friday, March 6, 2009
dalam hati ada cinta ada rindu
Sayang aku redha dengan dugaan yg awk berikan kepada ku. walau pun hari ni baru hari pertama cabaran yg dia beri kepada ku aku terima dengan hati yg tabah.Walau pun pada hakikatnya aku terlalu merindui diri mu.Sayang ku walau pun kita ni ada serba kekurang namun perasaan cinta kita tetap ada seperti hamba-hamba Allah yang lain. Ia betul kita nak kawin macam mana sebab kita berdua ada serba kekurangan tetapi demi cinta kita yg suci ni lautan api pun akan ku renangi nya .aku selalu memikirkan soal masa depan sy dan sy memikir kan soal masa depan awk juga sebab jika sekiranya kita di takdirkan bersama saya mesti membimbing awak kemana saya berada di situ lah awak. sungguhnya berat tanggung jawab yg bakal sy tempuh tapi demi cinta saya tak pernah menyesal atau pun mengeluh sebab saya sendiri yang pilih awak jadi saya perlu hadapinya dengan hati yg tabah.saya doakan kita akan bertemu jodoh juga akhirnya.
Posted by Nazmi at 8:06 PM 0 comments
Friday, February 20, 2009
Seminar Self-Advocasi Diri Selama 4 Hari 3 Malam 16-20 febuari 2009.
Pada 16 Febuari 2009 aku ke Penang menaiki Bas Express Tranasional dari stesen Pudu Raya,tepat pada pukul 10.oo a.m kami bertolak.
Sampai di sana aku tiba pada pukul 3.00 petang,kami lapor diri di YMCA Penang, tepat pada pukul 3.30 petang, dan kami berehat sehingga pukul 6.00 petang,selepas pukul 6.00 petang kami mula makan malam sehingga pukul 7.00 malam,tapi perut aku selalu makan pukul 8.00 malam perut aku dah mula keroncong,nasib baiklah ada sedikit makanan ringan yang mereka bawa dan beri kepada aku.Habis semua aku telan akibat kelaparan.heheheheh.Besok ialah sesi pertama khusus di YMCA telah bermula pada pukul 10.00 a.m,tapi makan pagi pada pukul
7.00-8.00 a.m.Hari kedua aku dah mula berasa seronok sebab dapat jumpa buah hati aku daripada aku lapar tadi,tiba-tiba rasa lapar itu hilang kerana aku seronok dapat berjum
pa dengan buah hati aku.Aku kagum melihat dia kerana dia adalah seorang wanita yang tekun kerja,dan dia adalah ketua persatuan di sana.Pada hari ketiga kami melawat di sekitar Pulau Pinang,Kami di berikan dua kumpulan iaitu
kumpulan 1 ke Bukit Bendera dan taman rama-rama manakaala kumpulan kedua pergi ke Musium Negeri Pulau Pinang dan menaikFeri,ikutkan hati aku aku nak pergi ke Bukit Bendera t
api malangnya dia ketua kumpulan rombongan yang kedua,nak tak nak aku pergi jelah tapi seronok juga sebab dapat naik feri dan aku mengambil kesempatan dating dalam Feri tersebut.Kami tak turun dekat stesen yang kedua yang sepatutnya kami turun,jadi kami patah balik.kami saja suka-suka untuk menaiki Feri tersebut,untuk yang belum pernah menaiki Feri sebelum ini.Mereka berasa seronok tapi bagi aku biasa.Oh,yew sebelum kami menaiki Feri kami ke musium Negeri Penang kemudian baru kami menaiki Feri.Kami teramat seronok di sana pada malam k
etiga kami mengadakan dinner and dance punya seronok nye aku aku menari sampai terkeluar muntah ha ha ha itu lah pengalaman bodoh yg pernah aku lakukan seumur hidup aku.
Posted by Nazmi at 7:28 PM 0 comments
Sunday, January 25, 2009
Perkawinan dan cinta yg telarang oleh mak aku
Kekadang aku geram ngan mak aku kenapa dia x bagi aku berkawin ? tapi aku x mampu nk melawan mak aku bukan sebab aku takut sebab aku terlalu sayang kan mak aku . Yallah tolong lah hamba mu ini yg terlalu lemah untuk menghadapi semua ini aku perlu kan seorang wanita untuk menemani kehidupan seharian ku . Ye aku menggaku aku bukan lah seorang lelaki yg layak untuk menjadi suami seseorang tapi aku x sanggup menanggung dosa lagi. Dan aku x nk jumpa lagi bapak tiri aku tu sampai ke akhir hayat ku. Ye aku menggaku aku seorang insan yg lemah tetapi aku yakin jika kita berkahwin atas dasa cinta tuhan akan permudahkan jalan yang bakal kita tempuhi. pd hari selase 20 hb Januari aku terlah jatuh cinta dengan seorang budak dari Penang aku sendiri x tahu macam mana dan mengapa tiba-tiba sahaja aku rasa aku ingin bercinta dengan dia sedangkan aku telah berjanji dengan diri aku yang aku x kan pilih perempuan lain selain dari pada budak perempuan yg aku tergila2 kan selama ini dan cinta aku yg tak kesampaiyan . Sedangkan aku terlah berjanji pada diri aku yg aku x nk pilih perempuan lain selain pada dia . Entah mengapa pertama kali aku ternampak dia hati aku dengan sendirinya tebuka hati untuk dia.
Posted by Nazmi at 3:19 PM 0 comments